Skinpress Rss

Tuesday, November 1, 2016

Fighting!

2

Homai. Sudah bulan November. Ada dua bulan saja lagi sebelum 2016 melabuhkan tirai. Masa awal tahun dulu aku menjangkakan perjalanan yang agak panjang dan berliku pada tahun ni. Namun sebaliknya pula yang berlaku. Tanpa disangka, tanpa dijangka. Aku bersyukur dengan segala yang telah aku lalui. Pengalaman dan pengajaran yang mematangkan lagi diri ini. Terima kasih Allah.