Skinpress Rss

Monday, January 5, 2015

Salam Maulidur Rasul & Selamat Tahun Baru 2015

0


Hoyo sudah masuk 2015! Walaupun aku merasakan masa sangat lambat berlalu, tetapi disebabkan penghujung tahun tu tiba-tiba agak sibuk -- Balik Pulau dilanda ribut -- tidak terasa pun sudah memasuki tahun baru. Even cuti umum 1hb tu pun terpaksa bekerja. Then hari Sabtu pulak menyertai perhimpunan kontinjen Maulidur Rasul peringkat negeri Pulau Pinang. Sekurang-kurangnya dapat jugak la claim OT.

Wednesday, November 5, 2014

Roller Coaster Mood

0

Lately mood untuk meng-update turun naik, sangat tidak menentu. One time terasa seperti sangat eager untuk menulis sesuatu -- namun bila sudah dihadapan pc tiba-tiba hilang idea. Satu masa yang lain pulak langsung tiada mood. Tetapi keinginan untuk terus blogging begitu menebal. Teringat kembali memori ketika masih belajar dahulu, sangat merindui masa tersebut. Kini apabila sudah bekerja waktu pejabat ni komitmen juga sudah jauh berbeza. Kalau mahu share pengalaman kerja sekarang ni pun aku masih baru lagi, tidak banyak yang dapat aku kongsi. But I'll try. Aku akan cuba yang termampu. Semoga mood itu masih terus ada..

Friday, October 31, 2014

MAR!

0

Haa tiba-tiba aku terasa mahu bergosip. Maklumlah tiada teman untuk berkongsi, dapat share di blog ni pun jadilah hehehe. Ceritanya begini, di opis aku ni ada seorang yang setiap kali kalau dia buka mulut mesti dia merasakan dia sahaja yang betul. Kadang-kadang aku rasa sangat kelakar. Kalau dia sudah start buka mulut tu pasti secara automatik aku akan tersenyum (sinis). Kind of anticipated jugak la apa yang bakal keluar dari mulut beliau. Susah mahu deal dengan orang sebegini. So secara suka hati, aku gelarkan beliau sebagai Mr Always Right!

Wednesday, October 22, 2014

Pulau Pinang

0

Salam. Setelah sekian lama akhirnya aku mendapat ilham dan mood untuk 'menulis'. Sangat merindui blogging sebenarnya. Setiap kali aku bukak blog ni terasa gatal saja tangan untuk meng-update. Entry kali ini aku ingin berkongsi sedikit mengenai perkara yang telah aku lalui for the past month. Pada 19hb Okt yang lalu menandakan genap sebulan aku mendapat surat penempatan bertugas ketika melapor diri di Putrajaya -- dan aku masih belum dapat digest kenapa aku perlu ditempatkan di sini. Then 21hb Okt pulak marked one month aku first time ever menjejakkan kaki di Pulau Mutiara ini. Yes, aku dapat penempatan di Pulau Pinang. To be exact, di Balik Pulau. Secara jujurnya memang aku lebih prefer posting di negeri sendiri. Kalau tidak pun at least area berdekatan KL, maybe Selangor or Negeri Sembilan or even Melaka. So apabila dapat surat penempatan tu and tertera 'Pulau Pinang', aku lost for words. Truly unexpected. It's not that I have some grudges towards Penang or its people or whatsoever. It's just aku rasa too far from KL -- area yang aku ada ramai kenalan. Around 5 jam jugak la drive from Putrajaya. Aku drive 2 jam pun sudah struggle huhu. Office works so far masih okay, sebab aku masih baru bertugas so mereka pun tidak banyak bagi task lagi. Learning step by step. Tapi my sosial life di sini agak hambar jugak. Aku tiada geng/teman/member untuk diajak keluar jalan bersama-sama. Officemate semua sudah berkeluarga and lebih senior daripada aku. Ceritanya aku keluar hangout menonton wayang seorang diri -- berjaya sampai di Queensbay Mall guna gps henfon hoho. Membuatkan aku terfikir untuk berkahwin secepat mungkin -- next year maybe -- so ada la peneman aku nanti. Lol. After sebulan di Pulau Pinang ni masih banyak lagi perkara yang perlu aku pelajari dan terokai. Semoga segalanya will keep getting better. Aminnn.

Monday, August 4, 2014

cerita raya 2014

0

Salam Aidilfitri 1435H. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana kita masih diberikan kesempatan dan peluang untuk berhari raya pada tahun ini. Raya pada tahun ni aku sambut secara sederhana saja. Tiada apa yang hendak di-celebrate sangat pun. Tiada kerja, tiada girlfriend, apatah lagi isteri mahupun anak. Seperti juga tahun-tahun sudah, raya kali ini banyak dihabiskan bersama keluarga ataupun di rumah sahaja. Entah ke mana menghilang kawan-kawan aku di Tawau ni. Nampak sangat aku tidak bersosial lol.