Skinpress Rss

Monday, April 13, 2015

Alahai SPA

4

Pagi masuk kerja check email. Dapat satu daripada SPA. Another panggilan interview. Next week 20hb pukul 8.00 malam. Menjadikan tiga panggilan temuduga pada hari yang sama dan waktu yang sama bagi jawatan berbeza. SPA oh SPA. At least arrange lah pada hari yang berbeza atau waktu yang berbeza. Tapi bukan aku boleh attend pun. Interview di Tawau. Aku di Balik Pulau. Haha.

Sunday, April 12, 2015

Semangat Baru

0

Kebosanan di hujung minggu. Tetiba tergerak untuk melawat blog sendiri. Membaca kembali post yang terdahulu. Rasa impress pulak dengan diri sendiri. Haha. Macam mana aku yang dahulu boleh jugak post sesuatu even just benda simple or mengarut. Kenapa aku tidak boleh jadi seperti itu? Mengambil semangat tersebut, starting today aku menanam azam untuk cuba meng-update at least dua atau tiga kali sebulan. Paling 'busuk' pun satu kali. Berusaha untuk memeriahkan lagi arena penulisan. Ada orang baca atau tidak tu belakang cerita. Lebih kepada untuk kepuasan diri. So nanti dalam 10 tahun akan datang aku boleh baca balik apa yang aku tulis dan mengimbau memori lampau. Fighting!

Friday, March 27, 2015

6 Bulan dan Exam JPA

0


Pada 22hb Mac lepas genaplah sudah 6 bulan sejak aku mula bertugas di Balik Pulau ni. Agak tidak terasa jugak sebenarnya apabila kesibukan membuat kerja. Well tiadalah sibuk mana pun, but at least ada kerja untuk dibuat (hehe). Then pada 24hb tu pulak aku ada exam untuk pengesahan jawatan bahagian I. Untuk pengetahuan -- bagi yang belum tahulah -- exam pengesahan jawatan ni merangkumi 4 bahagian. Bahagian I merupakan soalan-soalan daripada JPA (soalan objektif) manakala 3 bahagian yang selebihnya (soalan esei) daripada JKM yang akan dibuat hujang bulan 5 nanti. Aku ingatkan exam JPA ni buat dekat-dekat saja. Sekalinya buat di Jitra, Kedah. Perjalanan ke sana ambil masa lebih kurang sejam setengah hingga dua jam. Padahal exam tu sejam saja pun. Kalau mahu drive sendiri ke sana sudah tentulah aku malas (haha). Oleh itu aku berpakat dengan seorang kawan di Komtar yang akan turut sama menduduki exam tersebut untuk menggunakan kenderaan jabatan -- driver hantar. Nasib baik jadual exam aku tu mula petang. So bolehlah rileks sikit gerak dalam tengah hari. Sempat sampai di tempat exam -- Politeknik Sultan Abdul Halim -- sejam lebih sebelum bermula exam pukul 4 petang walaupun agak cuak dipermulaan kerana tidak menjumpai dewan (huhu). Exam ni memang boleh bawak buku rujukan tetapi antara sempat jawab atau tidak. Banyak jugak yang aku main tembak sebab tidak sempat cari jawapan. Gamble. Selesai exam kami terus bergerak pulang ke Pulau Pinang. InsyaAllah peluang untuk lulus tu ada. Wish me luck!

Friday, March 6, 2015

PKMD BD Family Day

0




Weekend lepas opis aku buat family day di Sunway Lagoon. First time aku masuk sana. Sebelum ni aku pernah pergi Sunway Pyramid pun sekali saja. So apabila ada peluang seperti ini haruslah aku bersemangat waja untuk join. Fully sponsored -- pengangkutan, penginapan and tiket masuk -- guna bajet opis. Kalau aku mahu pergi sendiri tu entah bilalah baru berkesempatan jawabnya. Kitorang gerak dengan menaiki bas dari depan opis di Balik Pulau pukul 12.30 tengah malam, planning-nya terus menuju ke Sunway Lagoon. Kitorang sampai di Hentian Sg Buloh belum pukul 6 pagi pun lagi. Berhenti untuk solat subuh dan sarapan before sambung gerak ke destinasi utama. Kalau pergi awal-awal pun pukul 10 jugak baru bukak. Still kitorang sudah terpacak depan kaunter tiket pukul 9 pagi. Puaslah menunggu selama lebih kurang sejam sambil mengusha orang ramai yang turut sama seperti tidak sabar untuk menyerbu masuk. Kebetulan pada hari tersebut ada 2-3 lagi company yang turut menganjurkan family day. Tepat pukul 10 pagi pintu masuk buka maka berpusu-pusulah manusia masuk. Aku berhajat untuk mencuba semua games and attractions, especially vuvuzela. But then terlalu ramai yang que menunggu giliran membuatkan aku terpaksa melupakan saja. Namun dapat jugak la masuk 4-5 games termasuk scream park and tomahawk. Kitorang keluar dari situ around pukul 4 petang terus menuju ke Bangi Guest House. Selepas berehat, mandi and solat apa semua, malam tu kitorang keluar untuk makan malam. Then keesokan tu pagi-pagi pukul 8 begitu sudah bersiap-siap untuk gerak pulang. Sebelum tu sempat menyinggah Nilai 3 and then Pusat Sains Negara. Kitorang sampai di Balik Pulau around pukul 11 malam. Boleh tahan penat tapi esoknya kena masuk kerja jugak. Adeh.

Friday, February 27, 2015

Untunglah kau Brian..

0

Entry berbaur ke-jeles-an di situ. Hahaha. Gila tidak jeles. Kawan satu negeri yang sama-sama menaiki bas untuk sampai di Pulau Pinang; sama-sama melapor diri di Komtar; and walaupun dia ditempatkan di Timur Laut manakala aku pulak di Barat Daya, still rasa tenang jugaklah bila ada kawan sama-sama bertugas di perantauan ni. But then bila kawan tersebut mendapat offer jawatan lain dan ditempatkan balik ke negeri sendiri sudah tentu kecemburuan itu meluap-luap. Rezeki dia. Aku ni terpaksalah menunggu beberapa tahun lagi untuk peluang seperti itu menjelma. Bertabahlah wahai diri. Fighting!