Skinpress Rss

Saturday, August 22, 2015

The Producers (k-drama)

2

(foto ihsan gugel.like always lol)

Aku bukanlah seorang yang sangat gemar melayan drama. Hanya sekali-sekala jika aku rasa sesuatu cerita tu menarik, di samping barisan pelakon (yang hot opkos) juga turut memainkan peranan (kekeke). Kebiasaannya aku lebih gemar untuk melayan variety show. Selain Running Man yang femes dan menjadi kegemaran ramai (walaupun lately sudah kurang menyengat), top feveret aku adalah 2 Days 1 Night. Recommended (hehe).

Haritu aku tergerak mahu melayan The Producers (or just 'Producer') -- akibat terpengaruh dengan iklan di akhir segmen 2D1N. Plus ada IU woii. Walaupun cerita ni ada 12 episod saja, tapi mengambil masa jugak untuk aku habiskan tu. Almaklonglah sekarang ni sudah bekerja. Dapat layan 1 episod sehari pun kira banyak sudah tu. Kalau dulu zaman study bolehlah bermarathon (huhu). So setelah lebih kurang 2 minggu maka berjaya jugaklah aku khatam.

The Producers ni roughly berlatarbelakangkan life sebagai seorang PD (producer) variety department KBS. Apa yang buat aku sedikit teruja tu sebab Cha Tae Hyun (feveret member aku dalam 2D1N) yang memegang watak sebagai PD 2D1N -- kind of macam parody pun ada sebenarnya. Sedikit sebanyak ada jugaklah berkaitan proses shooting and brainstorming 2D1N. Walaupun tidak menyeluruh dan tepat, but still you will get the idea.

The Producers ni boleh diistilahkan sebagai 'variety drama' pertama yang dihasilkan, bukan sahaja disebabkan oleh subject yang dibawa malah diterbitkan oleh variety department instead of drama department. Overall cerita ni bolehlah dilayan, especially untuk peminat 2D1N macam aku. Para pelakon pembantu dia boleh tahan hot jugak. Gahhhh.

Saturday, August 8, 2015

Fragile

0

“Aku fikir aku sudah cukup kuat, sudah cukup matang untuk menghadapi dugaan percintaan. Sebab itulah aku berani mengambil risiko untuk jatuh cinta dengan seorang gadis yang bagi aku cukup sempurna. Panas yang ku sangka hingga ke petang namun hujan di tengah hari. Ternyata ujian kali ini maha hebat. Aku lemah dan lelah.”

Air mata Salji tumpah lagi. Kebelakangan ini dia kerap mengalirkan air mata setiap kali berdoa selepas solat. Impian untuk membina mahligai indah bersama dengan Bunga, gadis pujaan hatinya, hancur musnah. Hatinya juga turut sama berkecai. Umpama kaca yang dihempas ke batu. Jika bukan kerana masih mempunyai sedikit sisa-sisa keimanan pasti Salji akan menjadi penghuni hospital bahagia. Sungguh Salji merindui Bunga. Sangat.

Sunday, August 2, 2015

Backdated

2

Lately mood untuk meng-update sering datang dan pergi. Datang di kala aku tidak mempunyai masa dan kesempatan. Pergi ketika aku sudah bersedia di papan kekunci. And satu ketika apabila aku sudah bersemangat mengarang ayat then tetiba mood hilang untuk menyudahkan sesuatu entry tu. Untuk itu aku save saja dulu (draft), then apabila mempunyai mood serta masa yang sesuai baru aku akan olah balik ayat before di-publish-kan. Makanya terjadilah entry yang backdated seperti sebelum-sebelum ini (dan juga pada masa akan datang). Hee.

Monday, July 27, 2015

Cerita Raya 2015

5

Salam Aidilfitri. Masih dalam mood raya katakan. Alhamdulillah tahun ini nampaknya masih berjaya untuk beraya di kampung sendiri dan tiada perubahan status pada diri. Masih single dan belum berkahwin (tapi calon sudah ada *hehe*). Seperti beberapa tahun kebelakangan ini, mood untuk beraya sudah tidak semeriah zaman budak-budak dulu. Frankly memang aku agak tidak berapa enjoy raya kali ini, perasaan itu tidak seronok. Banyak persoalan yang berlegar-legar di fikiran. Personal issues. Tapi aku cuba put aside dan menikmati setiap detik bersama keluarga. Raya kali ini adalah raya pertama selepas aku mula bergelar penjawat awam. Apa yang best tu sebab boleh guna waran udara untuk beli tiket flight. So tidak perlu aku bersusah-payah memikirkan harga tiket flight apa semua. Just bagitahu tarikh and masa yang diingini kepada pihak kewangan di Komtar then diorang yang akan purchase. Aku memang sudah lama plan – sejak dari mula-mula masuk kerja tu lagi – mahu ambil cuti raya 2 minggu. Seminggu sebelum dan seminggu selepas raya. Dapatlah jugak merasa bersahur dan berbuka di rumah bersama keluarga tercinta. After this maybe next year baru dapat pulang ke kampung halaman. Dapat waran setahun sekali saja pun. Namun jauh di sudut hati berkeinginan untuk pulang lagi later this year dengan membawa 'misi penting'. Hmm.

Highlight raya tahun ini berkisar mengenai cousin (lelaki) aku – yang 4 tahun lebih muda – yang bertunang seminggu selepas raya tu then bakal berkahwin bulan 10 nanti. Nasib baik aku tidak dilibatkan dalam sebarang persoalan 'maut' – soalan bonus yang sudah boleh dijangka namun tetap tidak ada jawapan (lagi) buat masa ini – walaupun status diri ini sudah sedikit ter-reveal sebenarnya. Pheww.

Friday, July 17, 2015

Salam Aidilfitri 1436H

0

(foto ihsan encik gugel lagi sekali)

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran kata secara sedar ataupun tidak. Semoga syawal ini memberi beribu keberkatan kepada kita semua. Selamat menjamu ketupat dan lemang yeay!