Sempena #mycybersale2015 yang telah berlangsung pada 28hb Sept - 2hb Okt, sudah tentu aku juga tidak ketinggalan untuk membeli sesuatu dengan potongan harga yang menarik. Haha. Aku tidak membeli banyak pun. Ini saja:
(buku fixi : kebahagiaan berada di dalam beg ini)
Ya betul. Buku. Lagi. Plan mula-mula mahu beli di bookcafe. Tetapi ter-survey di fixi pulak. Selepas compare harga dan list buku yang ada di kedua-dua website, serta beberapa lagi website lain -- mph, terfaktab, dubook -- aku dapati promosi di fixi lebih menarik. Sepuluh buku RM155, termasuk delivery. Pilih tajuk buku yang aku rasa menarik. Place order. Bayar. Then 2 hari kemudian pada 30hb tu 'kebahagiaan' pun tiba. Kegilaan versi 2.0. Buku yang aku beli haritu pun banyak lagi belum terusik. Tambah lagi koleksi baru. Great.






