Skinpress Rss

Sunday, March 20, 2016

Time Will Heal

7

Masa akan merawat segalanya. Aku akui sebelum ni aku agak skeptikal dengan ayat tersebut. Lebih-lebih lagi setelah melalui proses heartbreaking yang agak kritikal. Aku tidak rasa aku akan boleh move on. Masih jugak degil mengharapkan keajaiban yang dia akan kembali hadir dalam hidup aku.

Kini dua bulan sudah berlalu setelah aku create account twitter baru. Dalam tempoh tersebut memang aku langsung tidak membuka account lama. Apatah lagi mahu stalk si dia. Jangan cari penyakit. Suddenly aku realized yang aku tidak lagi rasa sakit apabila mengenang kisah lalu. Segala keperitan yang pernah aku rasai dulu hanya tinggal kenangan. And yes hidup aku menjadi lebih happy. Slowly aku sudah boleh move on. Aku rasa aku sudah boleh start menerima orang lain dalam hidup aku. Maybe bukan totally terima. Or perhaps sebab susah mahu jumpa someone yang betul-betul menyentuh hati aku seperti yang pernah dia lakukan. Aku bagi diri aku tempoh 2 tahun. Kalau dalam tempoh masa itu aku tidak terjumpa jugak someone, aku akan mintak parents aku carikan ja jodoh. Honestly buat masa sekarang memang ada usaha untuk berkenalan tu. Tapi aku mengambil pendekatan 'just go with the flow'. Tidak mahu peristiwa lama berulang, tidak kira dari pihak aku or the other side. Biarlah masa yang menentukan.

Saturday, February 27, 2016

Deadpool

3


Siang tadi baru aku berpeluang menonton Deadpool. Almaklonglah baru gaji. As usual menonton di GSC QBM. Alone. Susah mahu ajak geng-geng opis. Semua pun sudah berkeluarga and kurang berminat pergi ke panggung wayang. Lantak. Yang penting aku enjoy ja melayan movie tu. Memang puas hati baq hang. Sehinggakan aku meletakkan Deadpool sebagai superhero(?) favorite kedua selepas Iron Man. Walaupun muka Wade Wilson tu buruk, tapi aku suka sikap sarkastik dia tu. Hahaha.

 (google)

Sebelum beredar pulang dari QBM, seperti biasa sempat lagi singgah Popular. Berjaya membeli buku Esc. yang aku cari-cari dari bulan lepas. Sekarang ni aku plan sebulan 2-3 buku cukup la. Itu untuk yang beli direct di kedai buku berhampiran. Kalau online tu bergantung kepada promosi semasa. Hehe.

Friday, February 19, 2016

Mendua

4

One day tetiba aku terasa mahu stop ambil tahu pasal dia. Maksudnya aku rasa sudah tiba masa untuk aku stop stalk dia. Kadang tu bukanlah keinginan sendiri pun. Tengah aku scroll timeline twitter, nampak dia ada update status. Terus aku terjah dia punya profile. Then sakit sendiri. Damn. So aku stop main twitter. Kalau fb tu memang sekali-sekala ja aku bukak and dia pun jarang-jarang update status. Tidak terkesan sangat la. Tapi ni twitter ni. Macam tidak seronok pula kalau tidak ber-twitter. Oleh itu aku pun create la satu account baru. At least boleh jugak menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa (meroyan). Hahaha.

Sekarang ni sudah sebulan after aku create account baru tu. Ternyata aku membuat satu keputusan yang tepat. Aku sudah tidak lagi stalk profile dia. Dapat membendung keinginan untuk ambil tahu pasal dia. Dalam erti kata lain, aku berjaya move on? Maybe. Sometimes perasaan rindu tu datang sendiri. Tipulah kalau tidak teringat pasal dia langsung. Tapi sekurang-kurangnya mood aku tidak lagi dipengaruhi sepenuhnya oleh dia. Mahu kata life aku lebih happy tu, mungkin ada la sikit. Better than before. :)

Sunday, January 3, 2016

Salam 2016!

2

Assalamualaikum. Harapnya masih belum terlewat untuk aku wish hepi new year. As usual aku tidaklah begitu eager untuk menyambut apatah lagi merayakan kedatangan tahun baru. Lebih-lebih lagi apabila berlakunya up and down di peralihan tahun ini. Umpama roller coaster. Ketika aku mengharapkan satu permulaan yang baik di tahun baru. Sebaliknya pula yang berlaku. Not a good start untuk suatu tahun yang kelihatan begitu mencabar untuk ditempuhi. Apa-apa pun aku perlu lebih tabah dalam mengharungi perit getir ujian serta dugaan yang mendatang. Semoga tahun ini akan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.  Fighting!


(Sumber : Google)

Wednesday, December 16, 2015

Mencuba

0

Semakin lama semakin hilang motivasi untuk meng-update blog. Inspirasi telah lama pergi. Emosi tidak menentu. Timbunan kerja juga gagal membendung gelora dalam hati. Ahh aku benci perasaan ini!