Skinpress Rss

Saturday, April 30, 2016

Captain America : Civil War

0

Aku sampai rumah sekitar pukul 4 pagi balik dari kursus di Melaka tu. Highway jem teruk -- macam suasana mahu raya pun ada. Then menggagahkan jugak diri untuk bangun awal pagi. Plan mahu ke QBM menonton Captain America : Civil War. Semangat! Walaupun kurang tidur, tapi ternyata tidak sia-sia. Memang best cerita ni, especially part Spider-Man. Aku sangat teruja time tengok final trailer -- sebelum movie ni release -- sebab ada Spider-Man. Part Ant-Man pun best jugak, kelakar. Rasa macam Avengers la pulak -- just tiada Thor dengan Hulk. Apa-apa pun aku sangat berpuas hati dan tidak kesabaran mahu menonton franchise movie Marvel yang seterusnya termasuk Avengers 3. Recommended!


Sunday, April 17, 2016

Kursus oh Kursus

0

Aku sangka kursus yang di PLPP haritu adalah last aku pergi kursus di luar Penang. Compare dengan last year, semua 7 hari kursus aku attend dalam Penang ja. Malas sebenarnya mahu ber-outstation ni. Leceh. Then suddenly hari Rabu tu baru aku tahu nama aku telah di-submit sebagai calon untuk menghadiri kursus di Klang. To be precise di Bengkel Daya Klang. Imagine last minit baru dapat tahu, dengan file ulangkaji belum siap lagi. Aku sudah plan baik punya mahu kasi settle next week, right before deadline 20hb. Tetapi disebabkan kena attend kursus tu bermakna aku perlu menyiapkan semua file before aku gerak ke Klang. Menambahkan lagi thrill apabila opis tiada karan selama dua hari, Khamis and Jumaat. So macamana aku mahu siapkan kerja. Terpaksa la mengorbankan waktu hujung minggu untuk ke opis. Nasib baik time weekend karan sudah ada. Setelah bertungkus lumus selama dua hari dari pagi ke petang, akhirnya berjaya jugak aku menyiapkan semua kerja. Bolehlah berkursus dengan aman.


Then balik dari Klang tu nanti, ada satu kursus lagi. Komtar (JKMNPP) buat kursus teambuilding di Melaka. Once again ber-oustation lagi. Tiba-tiba Kak CC pergi submit nama aku pada komtar untuk attend kursus ni. Tidak apalah. Memeriahkan majlis. Boleh la berjalan-jalan di Melaka nanti kononnya. Puas la aku berkursus and ber-outstation bulan ni. Back-to-back kau. Haih.


Tapi sekarang ni aku berdepan pulak dengan part paling aku tidak gemar kalau mahu ber-outstation; packing. Malasnyaaa.

Saturday, April 2, 2016

Batman V Superman : Dawn of Justice

2


Aku agak semangat sebenarnya mahu menonton movie ni. As usual memang sudah plan mahu pergi ke panggung wayang time minggu pertama tayangan. Tapi disebabkan perlu menghadiri kursus di PLPP tu terpaksa la postpone niat di hati. Untuk itu aku jugak terpaksa menghadkan rutin melayari laman sosial. Punyalah beriya sebab tidak mahu terlihat/terbaca sebarang spoiler. Finally seminggu yang penuh mencabar berjaya aku lalui dengan jayanya. Aku pergi la ke Queensbay Mall. Ambil tayangan paling awal. Memang aku expect movie ni gempak la. Sekalinya keluar ja dari panggung wayang tu, hanya keluhan yang termampu. Maybe sebab expectation tinggi sangat. Bila aku baca komen dan review orang ramai pun turut menyatakan perkara yang sama. Semua bernada kecewa. Namun bukan di sini pengakhirannya. Selepas ni movie Justice League pula bakal menyusul. Harap-harap jauh lebih baik la hendaknya.




Monday, March 28, 2016

Kursus di PLPP

1

Minggu lepas merupakan satu minggu yang agak kelam kabut. Bermula dengan mendapat perkhabaran JKMNPP akan mengadakan pertandingan sukan staf seperti mana tahun lalu. Namun cerita yang sebenarnya adalah kursus pemantapan kerja berpasukan (nama rasmi program tersebut) akan diadakan dalam masa terdekat justeru kesuntukan masa untuk membuat pemilihan (mewakili JKMNPP). Imagine, diorang meeting hari Selasa then Jumaat tu sudah mula kursus. So terpaksa main select ja sesiapa yang boleh main, sekadar untuk menghantar penyertaan. Hendak dijadikan cerita, aku merupakan salah seorang yang menjadi mangsa. Mangsa keadaan. Ramai yang menolak untuk join kerana kesuntukan masa untuk training apa semua, plus venue tuan rumah kali ini adalah di PLPP Bangi. Secara jujur, memang aku tidak pernah lagi menjejak kaki di PLPP. Mana kedudukan PLPP tu pun aku tidak tahu. Apatah lagi keadaan dan suasana di dalam tempat tersebut. Oleh itu aku tidaklah terasa terbeban walaupun terpaksa untuk pergi ke sana. Kursus tiga hari, Jumaat hingga Ahad. Kami hanya mula bertolak dari Penang pagi Jumaat  walaupun petang tu pukul 3 sudah bermula pusingan awal sepak takraw. Nasib baik jugak la gerak naik kenderaan berasingan. Siapa yang sampai awal tu boleh la cover dulu. Alhamdulillah semua kontinjen JKMNPP berjaya sampai di PLPP dengan selamat. Seperti yang dijadualkan, pusingan awal sepak takraw bermula around pukul 3 before majlis perasmian around pukul 6 petang. Sebelah malam pula berlangsung program forum perdana selepas solat isyak.
Then hari kedua (Sabtu) merupakan hari kemuncak kursus -- kesemua perlawanan indoor-games bermula sehingga ke peringkat separuh akhir. Perlawanan akhir pula dijadualkan pada sebelah petang. Time ni lah boleh mencuci mata -- satu lagi reason kenapa aku willing untuk attend kursus ni walaupun menjadi mangsa keadaan. Mana tahu bertemu jodoh. Hahaha. Pencapaian kontinjen JKMNPP kali ini biasa-biasa saja. Padanlah dengan last minit punya persediaan kan. Malam tu pula ada jamuan makan bersama Dato' KP.
Hari terakhir (Ahad) tiada aktiviti sangat. Selepas senamrobik pagi tu ada gotong-royong pulak before majlis penutup pukul 11 pagi. Selesai majlis penutup, terus bergegas pergi lunch. Rushing mahu balik Penang -- jauh lagi perjalanan. Alhamdulillah selamat sampai di Balik Pulau around pukul 7.30 malam.

Sunday, March 20, 2016

Time Will Heal

7

Masa akan merawat segalanya. Aku akui sebelum ni aku agak skeptikal dengan ayat tersebut. Lebih-lebih lagi setelah melalui proses heartbreaking yang agak kritikal. Aku tidak rasa aku akan boleh move on. Masih jugak degil mengharapkan keajaiban yang dia akan kembali hadir dalam hidup aku.

Kini dua bulan sudah berlalu setelah aku create account twitter baru. Dalam tempoh tersebut memang aku langsung tidak membuka account lama. Apatah lagi mahu stalk si dia. Jangan cari penyakit. Suddenly aku realized yang aku tidak lagi rasa sakit apabila mengenang kisah lalu. Segala keperitan yang pernah aku rasai dulu hanya tinggal kenangan. And yes hidup aku menjadi lebih happy. Slowly aku sudah boleh move on. Aku rasa aku sudah boleh start menerima orang lain dalam hidup aku. Maybe bukan totally terima. Or perhaps sebab susah mahu jumpa someone yang betul-betul menyentuh hati aku seperti yang pernah dia lakukan. Aku bagi diri aku tempoh 2 tahun. Kalau dalam tempoh masa itu aku tidak terjumpa jugak someone, aku akan mintak parents aku carikan ja jodoh. Honestly buat masa sekarang memang ada usaha untuk berkenalan tu. Tapi aku mengambil pendekatan 'just go with the flow'. Tidak mahu peristiwa lama berulang, tidak kira dari pihak aku or the other side. Biarlah masa yang menentukan.