Skinpress Rss

Wednesday, October 24, 2018

I'll Be Back!

7

Lama betul aku tidak mengapdet blog. Sejak awal tahun haritu. Lot of things happened. Lately semakin kebizian. Yang amat. Hampir terkubur jugak la blog ni. Aku akan cuba untuk buat comeback (kunun). Hahaha.


Thursday, March 1, 2018

Tukar

6

Dengar kata bulan ni baru buat mesyuarat pertukaran. Jawabnya lambat lagi la baru dapat keputusan permohonan haritu. Benda pertama yang aku buat selepas balik dari cuti pada awal tahun tu adalah mengisi borang tukar. Bukan senang ber-PJJ ni. Menyeksa jiwa dan raga. 😟


Semoga urusan permohonan pertukaran ini dipermudahkan. Aminnn.


Saturday, December 16, 2017

Memori

0

Okay sudah masuk Disember. Bermakna lebih kurang 7 bulan terbiar blog aku ni. 
Post ini pun sebenarnya aku start karang awal bulan November. Then simpan dalam draft. Buat sikit-sikit. Kesuntukan masa dan idea. 😅
Pernah terdetik untuk terus bersara ja dari dunia blog. Namun bila aku terkenang kembali memori suka-duka selama kewujudan blog ini rasa tidak sampai hati pulak. Kenangan bermula ketika di tahun akhir pengajian sehingga ke hari ini sedikit-sebanyak tercoret di sini. Walaupun rakan seperjuangan yang bersama-sama aktif suatu waktu dulu sudah lama meninggalkan aku berseorangan, aku masih tetap setia meneruskan langkah. 😌
Lately memang agak susah untuk aku meng-update. Mostly kerana kesuntukan masa. Bebanan tugas harian semakin bertambah pada tahun ini berikutan pertukaran unit ketika awal tahun. Semoga aku terus semangat!💪

Saturday, May 27, 2017

Salam Ramadhan 1438H & Happy Birthday!

0



Alhamdulillah. Masih bernafas dan diberi kesempatan untuk bertemu lagi bulan yang mulia ini. Sama-samalah kita memperbanyakkan lagi amalan kebaikan dan menghambakan diri kepada-Nya. Semoga kita dijauhkan daripada sebarang maksiat dan kemungkaran.

Lebih istimewa pada tahun ini apabila 1 Ramadhan jatuh pada tarikh yang sama dengan ulang tahun kelahiran diri ini.

Happy birthday to me!

Tahun ni aku dapat 3 hadiah istimewa beberapa hari sebelum tarikh birthday aku. I is sangat excited and super happy!
1) team feveret menang piala.
2) saudara baru.
3) tiket flight balik raya settle.
*bonus - done renew lesen.

Monday, May 1, 2017

MAY i help you?

8

Selamat hari pekerja. Sudah masuk bulan Mei, bulan yang sangat special(?). Hehe. Empat bulan yang telah berlalu di tahun 2017 ini seperti tidak terasa. Aku masih struggle dan lately bertambah struggle untuk meng-update blog. Adeh. Kekangan masa rentetan bebanan kerja yang semakin bertimbun. Selain perlu menguruskan permohonan kes baru bantuan, aku juga perlu menyiapkan laporan penyeliaan. Maka masa aku banyak dihabiskan di situ -- memerah otak mengarang ayat ulasan laporan. Namun aku tetap meluangkan masa jugak untuk menjenguk blog dan membalas kunjungan. Selamat bercuti!

(pinjam gambar google opkos!)