Wah! Skema habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!
Asyik Belek Makanan
Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makanan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!
Serius Ketika Makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!
Makan Sambil Borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!
Makan Sambil Kerap Tengok Jam
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.
Makan Sambil Merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata.

makan jgn merungut.
mesti supan2 ya!
wehuuuu~
kalo cm sy ni sblm mkn bace doa...
camne sy nk kenal cinta sy tu cmne ek zurin??
hoh0ho~
kalau keluar ngan gf, ajak lah dia makan tempat special, mesti tak merungut...nanti dia akan tunjukkan sikap no 1,2 & 3. Bahagialah awak...cuma poket kurang bahagia!
mkn dgn serius??ohhh nooo la....hehhehehe
klu die mkn gelojoh cmne plak? ;p
kalau makan-makan...ehehe~
@sara:
cinta sendiri pn xknal??eish..mslh tu sara.huhu
@cikgu_math:
tQ for the tips..demi gf,x kisah pn psl poket x bahagia tu.hehe
@nia:
gelojoh??hurmm..lu pikir la sendiri.hehe
@mie
makan-makan tu ko la orgnye~ ;p
klu sume dye dew cmne..huu..kre sume r kn..haha..
Serius Ketika Makan
agaggaga..bertuahnye den~
kalo seyes mkn then xde org kt dpn...
tu cane plak?? kte nk sayang kat sape??
lalala~
@jiha
xyh la mkn sorg2.meh mkn sme2 jom.hehe~
dah cam pakar psychology lak