Skinpress Rss

Monday, January 6, 2014

kisah sijil spm

0

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan salam 2014. Azam tahun baru? As usual, just wanna be better than previous years. Okay pembuka cerita untuk tahun ni mula-mula sekali aku telah mendapat panggilan interview SPA (aku dapat surat panggilan tu since 2 weeks ago, and interview tersebut pada pagi tadi). Jawatan penyelia asrama N17, kelayakan spm saja. Kalau mahu harap degree aku tu memang tidak akan dipanggil la ceritanya kan haih. Kalau ikutkan ini kali kedua aku dipanggil interview after pembantu penguasa kastam (spm jugak) last year sewaktu aku masih di putrajaya. Dan buat kali kedua jugak aku menghadiri interview ni tanpa sijil spm hehe. Sejak habis spm tahun 2003 dulu memang aku belum berkesempatan melawat sekolah menengah aku, apatah lagi untuk mengambil sijil spm. Sebelum-sebelum ni memang aku buat selamba saja, buat seperti tidak ada masalah. Tetapi segalanya berubah ketika sesi interview tu, yang membuatkan aku agak sedikit down kerana aku sudah boleh agak apa keputusan yang bakal aku perolehi nanti, and mostly berpunca daripada sikap careless plus carefree aku sendiri. Habis saja sesi interview pagi tu, terus pulang ke rumah dengan 1001 rasa. Setelah memerah otak memikirkan jalan penyelesaian yang ada, aku mengambil keputusan menebalkan muka untuk contact cikgu rahimi menerusi facebook, cikgu pk hem masa aku sekolah dulu, tidak tahu la sekarang kalau sudah naik pangkat ka apa. Masa di sekolah dulu aku tidak la rapat dengan beliau, anda aku rasa pasti beliau tidak kenal dan tidak ingat aku siapa. Ahh pedulikan, yang penting aku mahu dapatkan sijil spm aku. Menerusi balasan mesej-mesej yang aku terima daripada beliau menampakkan petanda positif, ada harapan sijil spm aku masih ada di sekolah walaupun sudah 10 tahun berlalu. Ya betul, SEPULUH. Bukan apa, aku ada dengar rumors yang mengatakan sijil spm yang tidak dituntut dalam masa 5 tahun akan dihantar ke ppd. Apa-apa pun beliau menyuruh aku menghubungi pejabat sekolah. Tanpa membuang masa aku terus call, tapi tidak dapat padahal baru pukul 4 lebih, takkan la pejabat sudah tutup. Aku cuba lagi, berkali-kali, tetapi masih tidak berjaya. Ceritanya keesokan hari lah aku akan call lagi.

0 comments: