Skinpress Rss

Sunday, May 25, 2014

all-madrid finale!

0

Perlawanan akhir liga juara-juara eropah musim 2013/2014 kali ini menemukan dua pasukan berjiran, real madrid vs atletico madrid. Pasukan real madrid yang memiliki barisan pemain bintang (galacticos) dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan. Namun atleti yang baru saja menjulang liga sepanyol juga mahu menambah koleksi piala yang tidak pernah mereka dakap itu. Perlawanan bermula agak seimbang dengan real madrid banyak menguasai bola dan melancarkan serangan awal. Perlawanan kemudian bertambah rancak apabila diego godin berjaya menanduk masuk bola ke dalam gawang real dan meletakkan atleti di depan pada minit ke-36. Kedudukan 1-0 kekal sehingga minit ke-90 perlawanan dan kelihatan atleti akan berjaya menjulang piala tersebut buat kali pertama dalam sejarah. Sehinggalah sergio ramos menyamakan kedudukan dalam masa kecederaan (minit ke-93) dan mengheret perlawanan ke masa tambahan (extra time). Ketika kejuaraan seperti akan ditentukan menerusi sepakan penalti, tiga gol dalam masa sepuluh minit terakhir menyaksikan real madrid menjulang piala paling berprestij peringkat kelab eropah itu buat kali yang ke-10. Gol-gol daripada gareth bale (minit ke-110), marcelo (minit ke-118) dan cristiano ronaldo (penalti minit ke-120) berjaya membantu pasukan mereka merealisasikan impian 'la decima' selepas tempoh 12 tahun. Manakala bagi atletico madrid yang membuat penampilan di pentas final ini buat kali kedua selepas tahun 1974 (tewas kepada bayern munich) telah menampilkan aksi menarik dan hampir-hampir membuat kejutan namun terpaksa akur dengan keputusan 4-1 yang tidak memihak kepada mereka. Sudah pasti mereka ingin mencuba lebih baik lagi pada musim hadapan. Sementara bagi pasukan real madrid mempunyai misi sukar untuk mempertahankan kejuaraan, satu pencapaian yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan semenjak bermula era liga juara-juara eropah (yang menggantikan european cup).

p/s: ambik kau. macam pengulas+penulis sukan sudah aku rasa diriku ini haha~~

0 comments: