Skinpress Rss

Wednesday, January 8, 2014

ganti mengganti part 2

0

..Kesinambungan dari entry sebelum ini..
Sedang aku berehat-rehat after lunch, sambil-sambil memikirkan jalan penyelesaian masalah sijil spm aku tu, aku mendapat call daripada cikgu rais dari pejabat pendidikan daerah. Beliau meminta aku melapor diri di sk kem kabota pada keesokan pagi (selasa, 7hb). Actually dari last week lagi aku dapat tahu pasal kekosongan di sekolah tu. Maklumlah guru besar dia pak long aku sendiri. In fact mak long yang recommend nama aku ke pejabat. Guru yang cuti bersalin tu cikgu english, and last time pun aku ajar english. So kira make sense la kalau aku dipilih untuk mengganti di sekolah tu. Tapi satu saja kerisauan aku. Disebabkan kurang maklumat yang diterima, mak long pun tidak memberitahu secara detail (yang aku tahu just cikgu tersebut ajar english dan guru kelas), maka aku tertanya-tanya aku bakal mengajar tahun berapa. Kalau boleh di awal-awal musim persekolahan ni aku mengharapkan janganlah tahun 1 or 2. Aku takut nanti aku akan agak pressure mengajar murid-murid yang baru mahu mengenal english. Kalau macam tahap dua tu okay la jugak sebab diorang sudah ada basic. Walaupun aku sudah ada pengalaman thanks to last time, tapi kali ini satu lagi pengalaman yang baru. Situasi dan circumstances-nya berbeza. Sebelum ni aku menyambung dan menyudahkan apa yang telah dimulakan. Sekarang ni pulak aku perlu memulakan sesuatu yang baru. Pressure agak lebih sikit la di situ huhu. Ditambah pulak apabila memikirkan aku perlu adapt di sekolah dan suasana yang baru, mula la rasa seperti mahu give up saja. Lagi-lagi aku memang langsung belum pernah menjejakkan kaki ke sekolah tu. Berbeza dengan di sekolah abah (sk bandar tawau ii) sebelum ni yang at least aku sudah familiar sedikit sebanyak sebelum aku mula tu. Dengan pelbagai persoalan yang bermain di fikiran, memang kurang lena tidur ku pada malam itu haih. Keesokannya aku melapor diri sedikit lewat, around pukul 7.30, disengajakan kerana kurang awareness. Mana la aku tahu perlu datang sebelum sesi p&p bermula, cikgu rais pun tidak nyatakan aku kena datang pukul berapa. Akhirnya persoalan yang bersarang dari semalam terjawab. Aku akan mengajar dua kelas tahun empat dan satu kelas tahun lima. Fuhhh legaaa, walaupun aku belum masuk ke kelas lagi kan, tidak tahu perangai diorang macamana. Sekurang-kurangnya kalau tahap dua ni aku rasa tidak lah senakal tahap satu, yang lebih cenderung untuk bermain daripada belajar. Rupa-rupanya sk kem kabota ni agak kecil dari segi populasinya (kawasan sekolah boleh tahan lah). Setiap darjah (1-6) cuma ada 3 kelas, A B dan C. Kelas yang aku perlu ajar? 4A, 4B and 5C. Untuk 1st day di sekolah tu aku just sempat masuk kelas 4A saja. Jadual waktu yang aku dapat quite okay la untuk 3 kelas, tidak terbeban sangat. Tapi yang agak kurang okay tu apabila aku juga perlu memegang kelas (4B), tanggungjawab lebih adeh.

p/s: untuk tiga bulan ni sekali lagi aku mendapat title 'sir'. Sir Zurin Azwan :)

Monday, January 6, 2014

kisah sijil spm

0

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan salam 2014. Azam tahun baru? As usual, just wanna be better than previous years. Okay pembuka cerita untuk tahun ni mula-mula sekali aku telah mendapat panggilan interview SPA (aku dapat surat panggilan tu since 2 weeks ago, and interview tersebut pada pagi tadi). Jawatan penyelia asrama N17, kelayakan spm saja. Kalau mahu harap degree aku tu memang tidak akan dipanggil la ceritanya kan haih. Kalau ikutkan ini kali kedua aku dipanggil interview after pembantu penguasa kastam (spm jugak) last year sewaktu aku masih di putrajaya. Dan buat kali kedua jugak aku menghadiri interview ni tanpa sijil spm hehe. Sejak habis spm tahun 2003 dulu memang aku belum berkesempatan melawat sekolah menengah aku, apatah lagi untuk mengambil sijil spm. Sebelum-sebelum ni memang aku buat selamba saja, buat seperti tidak ada masalah. Tetapi segalanya berubah ketika sesi interview tu, yang membuatkan aku agak sedikit down kerana aku sudah boleh agak apa keputusan yang bakal aku perolehi nanti, and mostly berpunca daripada sikap careless plus carefree aku sendiri. Habis saja sesi interview pagi tu, terus pulang ke rumah dengan 1001 rasa. Setelah memerah otak memikirkan jalan penyelesaian yang ada, aku mengambil keputusan menebalkan muka untuk contact cikgu rahimi menerusi facebook, cikgu pk hem masa aku sekolah dulu, tidak tahu la sekarang kalau sudah naik pangkat ka apa. Masa di sekolah dulu aku tidak la rapat dengan beliau, anda aku rasa pasti beliau tidak kenal dan tidak ingat aku siapa. Ahh pedulikan, yang penting aku mahu dapatkan sijil spm aku. Menerusi balasan mesej-mesej yang aku terima daripada beliau menampakkan petanda positif, ada harapan sijil spm aku masih ada di sekolah walaupun sudah 10 tahun berlalu. Ya betul, SEPULUH. Bukan apa, aku ada dengar rumors yang mengatakan sijil spm yang tidak dituntut dalam masa 5 tahun akan dihantar ke ppd. Apa-apa pun beliau menyuruh aku menghubungi pejabat sekolah. Tanpa membuang masa aku terus call, tapi tidak dapat padahal baru pukul 4 lebih, takkan la pejabat sudah tutup. Aku cuba lagi, berkali-kali, tetapi masih tidak berjaya. Ceritanya keesokan hari lah aku akan call lagi.

Sunday, December 15, 2013

the hobbit the desolation of smaug yang best!

0

Harini berjaya jugak menonton wayang. Aku katakan berjaya kerana dari semalam lagi planning sebenarnya. Tapi disebabkan masalah teknikal (ayat cliche *hahaha*), ter-postpone seketika. Bukan apa, just aku rasa kurang enak kalau mahu ke mana-mana dalam keadaan berbelah bahagi. Mahu pigi atau tidak, mahu pigi ka tidak. Pukul 12 tengah hari aku masih lagi belum membuat keputusan, ditambah pulak dengan keadaan kepala aku yang agak pening, maka aku decided untuk postpone sahaja. Sudah agak lama jugak aku tidak ke panggung wayang. Last sekali aku menonton cerita the purge kalau tidak silap (consider lama la tu kalau tidak ingat bila last tengok wayang *hoho*). Belum pukul 12 lagi aku sudah berada di eastern cineplex. Tujuan utama adalah untuk menonton cerita the hobbit. Ada dua version, 3D and 2D. Aku kalau ada dua pilihan of course aku akan pilih 2D. Tapi yang paling awal pukul 1.45. Apa-apa hal beli tiket dulu, sebelum kehabisan. Rupa-rupanya masih banyak seat available, boleh pilih suka hati. Dalam hati aku kata maybe orang tawau tidak berapa melayan cerita sebegini. Masa tu baru pukul 12. Ada sejam empat puluh minit lagi. Apa aku mahu buat. Mati kutu begini ni. Daripada aku berlegar-legar, merayau-rayau tidak tentu arah, bagus aku lepak dalam panggung sementara menunggu the hobbit tu. Check cerita yang ada. Papadom 2 pukul 2 lebih, totally out. Captain phillip dan paku. Captain Phillip tu duration 2 jam lebih. Sah-sah la clash nanti. Mahu tidak mahu layankan saja la cerita paku tu. Yang membuatkan aku mahu menonton tu pun disebabkan heroin dia aishah ilias (kalau tidak kenal sila google okay). Cerita ni bergenre seram a.k.a cerita hantu. Dalam hall tu ada la 10 orang macam tu (aku ingatkan ada 2-3 orang saja *hoho*). Macamana aku mahu ulas cerita ni ya. Okay first of all, rupa-rupanya gigi depan aishah ilias tu tidak rata *lol*. Jalan cerita agak tidak berapa aku fahami, ada plot-plot yang kabur, tidak dinyatakan dengan jelas perkaitannya. Then, pontianak pun bole mengandung? Wah ada jugak ilmu baru yang aku dapat harini! Secara overall aku boleh bagi dua bintang. Satu bintang untuk jalan cerita plus prestasi para pelakon (at least much better la dari cerita kerat 14) and another satu bintang pulak sebab aishah ilias (nampak ka agak biased di situ *haha*). Habis sahaja movie terus bergegas ke main event untuk hari ini. The hobbit yo! Bila aku masuk hall tu aku agak surprised dan teruja melihat kebanjiran penonton. Full house! Tidak sangka orang tawau pun meminati cerita sebegini. Satu family, mak bapak bawak anak-anak menonton. Well done tawaurian! Aku rasa aku tidak perlu memberi ulasan lebih lanjut cerita the hobbit ni kerana memang tidak menghampakan, walaupun endingnya aku tidak expect but i'm not surprised. Malah aku rasa aku tidak mahu cerita pengembaraan mereka tu berakhir. So nanti aku boleh terus menonton dan mengikuti kisah mereka. Tidak pernah bosan. Ah teruja menanti next sequel! Habis sahaja movie aku terus pulang ke rumah. Tidak menyinggahi mana-mana. Sebabnya aku lapar, belum lunch kesian *haha*.

Saturday, November 16, 2013

minggu terakhir

0

Minggu terakhir ni agak bizi jugak la. As expected. Proses pengisian data (sppbs dan linus) perlu disudahkan, di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti akhir tahun. Hari isnin ada sukaneka untuk tahun satu, and aku bertugas sebagai mc perhimpunan mingguan. Then hari selasa aktiviti sukaneka untuk tahun dua pula. Hari rabu hari bertemu pelanggan (penyerahan 'report card' murid kepada ibubapa), plus ada majlis penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang tahap satu. Hari khamis pula ada majlis anugerah pelajar cemerlang (penyampaian hadiah tahap dua and pra sekolah). Malamnya ada dinner akhir tahun. Pastu hari jumaat semua guru turun pagi (murid-murid sudah dibenarkan bercuti), ada mesyuarat pengurusan sekolah. Tapi aku join meeting tu sekejap saja sebab aku kena bawak atok pergi hospital, buat check-up and Alhamdulillah tiada apa masalah. Maka dengan itu berakhirlah sudah kisah 'penggantian' selama lebih kurang tiga bulan di sk bandar tawau ii. Banyak memori suka duka, pengalaman, ilmu pengetahuan yang aku perolehi sudah pastinya tidak akan dilupakan. Lepas ni aku kembali 'menanam anggur' untuk tempoh yang aku tidak pasti berapa lama kerana aku sendiri masih belum ada perancangan. Macam mana la mahu kawin ni haihhhh...

Sunday, November 3, 2013

lagi dua minggu

0

Tinggal dua minggu sahaja lagi budak-budak sekolah rendah akan bersekolah sebelum cuti akhir tahun (sekolah menengah sudah mula bercuti sebab spm bermula 6hb). Maka perkhidmatan aku juga bakal tamat tidak lama lagi. Dua minggu yang terakhir ini akan dihabiskan dengan menanda kertas peperiksaan kemudian meng-key in data dan keputusan ke dalam sppbs. Then perlu meng-key in linus 2.0 lagi. Dengan keadaan internet yang tidak menentu, sekejap ada sekejap tiada (maklumlah 'menumpang' wifi), ditambah lagi dengan traffic website terlibat yang agak padat (berapa ribu orang mahu mengakses pada masa yang sama), akan membuatkan proses pengisian data itu tidak berjalan lancar dan bakal mengambil masa yang panjang. Tapi harap-harap (memang perlu pun) aku dapat menyiapkan tugasan tersebut seberapa segera yang boleh. Dan minggu depan aku bertugas mingguan. Nervous pulak mahu handle perhimpunan. Gaaahhhh...