Skinpress Rss

Wednesday, October 22, 2014

Pulau Pinang

0

Salam. Setelah sekian lama akhirnya aku mendapat ilham dan mood untuk 'menulis'. Sangat merindui blogging sebenarnya. Setiap kali aku bukak blog ni terasa gatal saja tangan untuk meng-update. Entry kali ini aku ingin berkongsi sedikit mengenai perkara yang telah aku lalui for the past month. Pada 19hb Okt yang lalu menandakan genap sebulan aku mendapat surat penempatan bertugas ketika melapor diri di Putrajaya -- dan aku masih belum dapat digest kenapa aku perlu ditempatkan di sini. Then 21hb Okt pulak marked one month aku first time ever menjejakkan kaki di Pulau Mutiara ini. Yes, aku dapat penempatan di Pulau Pinang. To be exact, di Balik Pulau. Secara jujurnya memang aku lebih prefer posting di negeri sendiri. Kalau tidak pun at least area berdekatan KL, maybe Selangor or Negeri Sembilan or even Melaka. So apabila dapat surat penempatan tu and tertera 'Pulau Pinang', aku lost for words. Truly unexpected. It's not that I have some grudges towards Penang or its people or whatsoever. It's just aku rasa too far from KL -- area yang aku ada ramai kenalan. Around 5 jam jugak la drive from Putrajaya. Aku drive 2 jam pun sudah struggle huhu. Office works so far masih okay, sebab aku masih baru bertugas so mereka pun tidak banyak bagi task lagi. Learning step by step. Tapi my sosial life di sini agak hambar jugak. Aku tiada geng/teman/member untuk diajak keluar jalan bersama-sama. Officemate semua sudah berkeluarga and lebih senior daripada aku. Ceritanya aku keluar hangout menonton wayang seorang diri -- berjaya sampai di Queensbay Mall guna gps henfon hoho. Membuatkan aku terfikir untuk berkahwin secepat mungkin -- next year maybe -- so ada la peneman aku nanti. Lol. After sebulan di Pulau Pinang ni masih banyak lagi perkara yang perlu aku pelajari dan terokai. Semoga segalanya will keep getting better. Aminnn.

Monday, August 4, 2014

cerita raya 2014

0

Salam Aidilfitri 1435H. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana kita masih diberikan kesempatan dan peluang untuk berhari raya pada tahun ini. Raya pada tahun ni aku sambut secara sederhana saja. Tiada apa yang hendak di-celebrate sangat pun. Tiada kerja, tiada girlfriend, apatah lagi isteri mahupun anak. Seperti juga tahun-tahun sudah, raya kali ini banyak dihabiskan bersama keluarga ataupun di rumah sahaja. Entah ke mana menghilang kawan-kawan aku di Tawau ni. Nampak sangat aku tidak bersosial lol.

Monday, June 9, 2014

Cuti-Cuti Malaysia 2014

0

After dua kali plan tidak menjadi -- cuti akhir tahun last year and bulan Mac hari tu -- last week kami sekeluarga telah bercuti ke KK, bersempena cuti sekolah ni. Sudah agak lama jugak aku tidak bercuti bersama family. Tidak silap aku maybe 2010 rasanya -- aku pun sudah lupa the exact time. After aku start kerja dengan GSC tu dulu memang tiada masa bersama family la ceritanya, maklumlah tinggal berjauhan. Oleh itu apabila ada peluang bercuti seperti ini of course aku rasa sangat excited. Secara ringkas sinopsis percutian kami:
Firstly kami ke Kudat dahulu, bermalam di sana satu malam. Keesokannya kami singgah di Simpang Tanjung Mengayau 'The Tip of Borneo' -- plan utama percutian ini sebenarnya -- before kami meneruskan perjalanan ke KK. Di KK kami stay tiga malam sahaja. Kalau hendak diikutkan memang rasa tidak puas -- bukan selalu pun dapat bercuti begini kan. Sepanjang tiga hari tu kami hanya banyak menghabiskan masa di shopping complex. Banyak tempat aku berhasrat mahu pergi sebenarnya -- even rumah terbalik di Tamparuli tu aku belum pernah jejak lagi. But then masa and bajet mencemburui percutian kali ini. Furthermore aku tidak sempat pun bagitahu si SV yang aku ada di KK. Tidak apalah, ada rezeki next time datang lagi.

Tuesday, May 27, 2014

selamat ulang tahun

0

happy birthday to the awesomest person in the world today!
27052014


yes..that's me!^^

Sunday, May 25, 2014

all-madrid finale!

0

Perlawanan akhir liga juara-juara eropah musim 2013/2014 kali ini menemukan dua pasukan berjiran, real madrid vs atletico madrid. Pasukan real madrid yang memiliki barisan pemain bintang (galacticos) dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan. Namun atleti yang baru saja menjulang liga sepanyol juga mahu menambah koleksi piala yang tidak pernah mereka dakap itu. Perlawanan bermula agak seimbang dengan real madrid banyak menguasai bola dan melancarkan serangan awal. Perlawanan kemudian bertambah rancak apabila diego godin berjaya menanduk masuk bola ke dalam gawang real dan meletakkan atleti di depan pada minit ke-36. Kedudukan 1-0 kekal sehingga minit ke-90 perlawanan dan kelihatan atleti akan berjaya menjulang piala tersebut buat kali pertama dalam sejarah. Sehinggalah sergio ramos menyamakan kedudukan dalam masa kecederaan (minit ke-93) dan mengheret perlawanan ke masa tambahan (extra time). Ketika kejuaraan seperti akan ditentukan menerusi sepakan penalti, tiga gol dalam masa sepuluh minit terakhir menyaksikan real madrid menjulang piala paling berprestij peringkat kelab eropah itu buat kali yang ke-10. Gol-gol daripada gareth bale (minit ke-110), marcelo (minit ke-118) dan cristiano ronaldo (penalti minit ke-120) berjaya membantu pasukan mereka merealisasikan impian 'la decima' selepas tempoh 12 tahun. Manakala bagi atletico madrid yang membuat penampilan di pentas final ini buat kali kedua selepas tahun 1974 (tewas kepada bayern munich) telah menampilkan aksi menarik dan hampir-hampir membuat kejutan namun terpaksa akur dengan keputusan 4-1 yang tidak memihak kepada mereka. Sudah pasti mereka ingin mencuba lebih baik lagi pada musim hadapan. Sementara bagi pasukan real madrid mempunyai misi sukar untuk mempertahankan kejuaraan, satu pencapaian yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan semenjak bermula era liga juara-juara eropah (yang menggantikan european cup).

p/s: ambik kau. macam pengulas+penulis sukan sudah aku rasa diriku ini haha~~