dalam kemeriahan dan keseronokan beraya pada tahun ini, sebenarnya ada sesuatu yang menghantui mindaku. oleh kerana baru sahaja resign, bila mana ada saudara mara atau kenalan yang bertanya perkembangan diri - masih belajar atau sudah bekerja, bekerja di mana, and so on - aku seperti blur, tidak tahu mahu menjawab bagaimana. apatah lagi apabila soalan-soalan seperti itu diutarakan oleh mereka yang sangat jarang dijumpai - aidilfitri setahun sekali. kadang-kadang ada jugak soalan tersebut aku jawab dengan tidak jujur, kononnya masih bekerja di putrajaya. huhu. satu perkara lagi yang mengganggu aku adalah apabila melihat sepupu sepapat yang kini telah beranak pinak. agak terhibur melihat telatah anak anak buah yang masih kecil. rakan seperjuangan di ukm dulu, azmi dan kamil, pun sudah mempunyai cahaya mata. aku? teman hidup pun belum ada, inikan pula anak. aku melihat perjalanan hidupku ini masih jauh. belum nampak lagi - hatta bayang bayang pun - untuk aku berumah tangga. tapi aku tahu, jodoh rezeki ajal maut di tangan Allah. insyaAllah satu masa nanti. aminnn...
Legenda muzik Ahmad Nawab meninggal dunia
3 days ago
ooo soalan2 tuh mmg biasa...kalau x dpt nk jawab sgt..senyum...then buat2 bz:)
hoahh sudah lama tiada orang komen blog aku.huhu..tq atas komen yang diberikan^^