Skinpress Rss

Saturday, August 24, 2013

ganti mengganti

0

Planning-nya aku mahu berehat-rehat dulu di rumah. Cuti lama sedikit. Lebih-lebih lagi baru saja lepas raya. At least dalam tempoh sebulan ni mahu bersantai-santai, berjalan-jalan di bandar, pergi menonton wayang. Tetapi lumrah manusia, hanya mampu merancang. Hari isnin tu abah propose aku menjadi guru ganti di sekolah abah, mintak salinan ic segala. Tapi hari selasa baru aku dapat bagi. So hari rabu baru la aku memulakan tugas sebagai seorang cikgu. Actually ketika aku baru beberapa hari berada di tawau before raya haritu mak long ada jugak propose menjadi guru ganti di sekolah mak long (sk kinabutan, yg merupakan sekolah lama aku dulu). Aku okay saja. Tidak cakap setuju, tidak pula menolak. Aku memang sudah lama tidak menjenguk sekolah tu. Kalau menjadi, boleh jugak menggamit memori zaman kecik-kecik dulu. Tapi prosedurnya macam tidak berapa secure especially bab gaji. Plus mak long pun tiada la beriya-iya sangat meng-offer. Then kebetulan sekolah abah pun turut memerlukan guru ganti, and abah uruskan semua. Ditambah lagi dengan kedudukan sekolah abah yang lebih hampir dengan rumah, maka aku end up di sk bandar tawau II..

0 comments: