ekceli, pada mulanya tajuk entry tu supposed to be 'selamat tinggal alamanda' dan plannning untuk di-publish lama dahulu sebelum bulan julai lagi. tapi biasa la kan. kekangan masa membantutkan perancangan. and last last segalanya berubah dan tajuk entry pun terpaksa diubah. huhu.
okey mari aku mulakan dari awal. sebenarnya aku telah mendapat arahan dari pihak hq untuk di-relocate-kan ke gsc 1 utama, berkuatkuasa 1 julai 2013. pada awalnya pelbagai perasaan timbul. berbelah bagi jugak la mahu pergi atau tidak. memang aku sangat berharap sebenarnya untuk keluar dari alamanda. namun lokasi aku dipindahkan tu sedikit menimbulkan rasa ragu untuk aku menerima arahan pemindahan tersebut. bukan soal surrounding atau management di sana yang aku khuatirkan. tapi lebih kepada hak aku sebagai seorang pekerja. aku rasa sangat tidak adil bagi aku, terutama dari segi kewangan (and aku tidak bercadang untuk mendedahkan kepada umum).
maka setelah melakukan beberapa siri perbincangan dengan insan terdekat terutamanya my mum, aku mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. dan pada 25 julai 2013 yang lalu merupakan tarikh rasmi hari terakhir perkhidmatan aku bersama gsc (golden screen cinemas) amnya dan gsc alamanda khususnya. setelah hampir dua tahun aku bekerja di gsc alamanda, ia satu keputusan yang bukan senang untuk aku lakukan. aku pasti akan merindui segala kenangan yang tercipta di sana.bye bye gsc, bye bye alamanda~~
0 comments:
Post a Comment