harini kerja shift pagi. dan esok pulak my offday. so di kesempatan yang ada ini dapat la melayan movie back to back after habis shift. hehe. decided to watch hantu kak limah 2 and after that kerat 14. baru berpeluang untuk menonton hantu kak limah 2 ni after lebih seminggu ditayangkan. bukan apa, banyak feedback yang aku dapat daripada mereka-mereka yang sudah menonton mengatakan movie ni tidak seberapa sangat, tidak sebagus seperti yang sebelum ini. lalu tidaklah rasa teruja sangat mahu menonton. tapi untuk pengetahuan, masa minggu pertama tayangan hantu kak limah 2 ni panggung memang penuh. asyik fullhouse. sampai bukak 3-4 hall pun semacam tidak cukup. huhu. so kali ni dapat la menonton dan menilai sendiri. apa yang boleh dikatakan, hmmm biasa biasa sahaja. okey tu okey, just need more laugh. makanya apabila dah minggu kedua tayangan ni admission agak jatuh. aku buat kesimpulan maybe yang ramai-ramai menonton ketika minggu pertama tu adalah follower daripada hantu kak limah sebelum ni, yang memang menjadi fenomena jugak la dengan dialog movie tu trending di facebook. namun kali ni sedikit kurang menyengat. huhu. then second session, layan kerat 14 pulak. to be honest, i didn't expect anything pun from this movie. memang tidak mengharapkan movie ni sangat best (walaupun distributor movie ni bising-bising tanya kenapa kitorang just letak di hall kecik *hall 8* time projector hall besar *hall 2* problem tempoh hari, macam la movie diorang ni mendapat sambutan hangat sampai tiket habis). tapi apabila movie tu mempunyai barisan pelakon seperti aaron aziz, siti saleha dan zamarul hisham, of course la we'll not expecting the worst. tapi sebaliknya pulak yang berlaku. aku rasa sangat-sangat kecewa. rasa seperti menonton movie yang dilakonkan oleh pelakon baru yang baru mahu belajar berlakon. kaku. yang aku rasa okey sikit dalam movie tu fauziah gous seorang. the rest sungguh mengecewakan. dengan jalan cerita yang ntah apa apa.sorry to say, memang tidak berbaloi membeli tiket!