Skinpress Rss

Wednesday, September 23, 2015

Happy Anniversary & The Scorch Trials

0

Pada 19hb lepas telah genap setahun perkhidmatan. Sedar tidak sedar sudah melalui satu pertiga perjalanan. Oleh itu untuk celebrate tarikh bersejarah tersebut aku membelanja diri sendiri menonton wayang. Hahaha. Kebetulan sequel the maze runner sedang hangat di pawagam. Menurut komen and review orang ramai mengatakan movie kali ni awesome. Dengan semangat berkobar-kobar aku pun membeli tiket online. Tidak sabar untuk melihat sendiri apa yang best-nya. Namun apabila aku keluar dari cinema tu aku agak hampa. Maybe expectation aku terlalu tinggi. Itulah padahnya jika terlalu follow kata-kata orang. Selera masing-masing berbeza. Bagi aku yang first dulu lagi best. Apa-apa pun bolehlah layan The Scorch Trials ni.

(gambar dari google)

[Sila google untuk sinopsis cerita dan review orang ramai. Tapi diingatkan untuk menonton dengan  keinginan sendiri tanpa dipengaruhi anasir luar kekeke.]

Tuesday, September 15, 2015

Sepatutnya

1

14hb September 2015
Satu tarikh penting. Tarikh yang akan mengubah jalan cerita hidup aku. Hari untuk aku melaporkan diri di Arkib Negara -- mendengar taklimat sebelum mendapat surat penempatan. Prosedur serupa yang aku hadapi tahun lepas, cuma berbeza kementerian. Sepatutnya. Namun setelah melakukan pertimbangan yang sewajarnya, aku masih di sini. Mengambil keputusan untuk rela menghadap audit dalaman. Hmm. Semoga keputusan yang aku ambil ini satu keputusan yang betul. Aminnn.
Berkat berjasa!

Wednesday, September 9, 2015

Kerachut

2

Sabtu lepas (5hb Sept), aku terpaksa -- kerana dipaksa -- menyertai program jungle trekking Pantai Kerachut. Kalau ikut nama rasmi dia berbunyi: Program Pengupayaan Kendiri Kakitangan JKMNPP. Target utama adalah untuk kakitangan yang masih belum cukup kuota 7 hari berkursus. Oleh kerana aku memang sudah cukup 7 hari, secara natural aku memang rasa tidak mahu join. Tetapi memandangkan opis aku ni tidak mempunyai staf yang ramai -- especially yang muda yang masih bujang -- maka automatik aku disuruh pergi.

 (Taman Negara Pulau Pinang)

Program dimulakan pada pukul 9 lebih -- walaupun dalam tentatif pukul 8 -- dengan sesi regangan dan senaman pagi. Then pembahagian kumpulan. And aku 'sangat bertuah' kerana terpilih menjadi ketua kumpulan. Selaku ketua, aku bertanggung jawab untuk mengangkut tembikai sepanjang perjalanan jungle trekking tu. What the fish. Tidak mencabar pun bawak tembikai. Lain kali suruhlah bawak cempedak or nangka. Kalau tidak pun durian. Musang king lagi bagus. Pfftt. Menambahkan lagi keseronokan program ini apabila hujan turun dengan lebatnya ketika lebih separuh perjalanan. Dengan baju spare sekali turut basah. Program berakhir sekitar pukul 4 lebih. Balik rumah dengan sangat keletihan. Nasib baik tidak demam haih.

Friday, September 4, 2015

kegilaan apakah ini?

4

Setelah sekian lama, hari Sabtu lepas baru berkesempatan untuk keluar bersiar-siar di QBM. Mula-mula terasa macam malas jugak mahu ke sana. Tiada urgency sangat pun. Selepas berkira-kira akhirnya ter-pergi jugak. Plan utama adalah untuk terminate number digi and singgah watsons sekejap. Namun sudah tentulah akan terpesong daripada rancangan asal. Plan untuk spend at most 2 hours ter-double jadi lebih 4 hours. Banyak jugak kedai yang aku masuk. Salah satunya adalah Popular. Aku ada satu hobi membeli buku -- walaupun bacanya belum tentu lagi. Setelah berlegar-legar agak lama di situ (hampir sejam), aku keluar dengan tangan kosong. Tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya mengekang nafsu. Konon. Malamnya tu aku online and membuka website bookcafe. Di situlah bermulanya 'kegilaan' ini. Aku mula jadi kelabu mata. Niat pada awalnya untuk survey and compare harga saja sebab biasanya bookcafe ada buat promosi -- ada diskaun. Sekalinya 'terjumpa' pulak buku yang aku beriya cari di Popular tapi tidak ketemu. Lalu ter-survey-lah pulak beberapa buku yang lain. Place order. Pay. Tunggu delivery. Maka hasilnya:

(parcel citylink sudah sampai)

Mood dan minat aku pada ketika ini adalah bahan bacaan yang agak santai serta tidak terlalu 'berat'. Almaklonglah emosi agak tidak menentu ketika ini. Haruslah mencerna bahan bacaan yang boleh membina pemikiran. Tetapi ada satu lagi masalah sekarang ni. Bila masa aku mahu membaca?

(which one should I start first?)