Skinpress Rss

Friday, September 4, 2015

kegilaan apakah ini?

4

Setelah sekian lama, hari Sabtu lepas baru berkesempatan untuk keluar bersiar-siar di QBM. Mula-mula terasa macam malas jugak mahu ke sana. Tiada urgency sangat pun. Selepas berkira-kira akhirnya ter-pergi jugak. Plan utama adalah untuk terminate number digi and singgah watsons sekejap. Namun sudah tentulah akan terpesong daripada rancangan asal. Plan untuk spend at most 2 hours ter-double jadi lebih 4 hours. Banyak jugak kedai yang aku masuk. Salah satunya adalah Popular. Aku ada satu hobi membeli buku -- walaupun bacanya belum tentu lagi. Setelah berlegar-legar agak lama di situ (hampir sejam), aku keluar dengan tangan kosong. Tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya mengekang nafsu. Konon. Malamnya tu aku online and membuka website bookcafe. Di situlah bermulanya 'kegilaan' ini. Aku mula jadi kelabu mata. Niat pada awalnya untuk survey and compare harga saja sebab biasanya bookcafe ada buat promosi -- ada diskaun. Sekalinya 'terjumpa' pulak buku yang aku beriya cari di Popular tapi tidak ketemu. Lalu ter-survey-lah pulak beberapa buku yang lain. Place order. Pay. Tunggu delivery. Maka hasilnya:

(parcel citylink sudah sampai)

Mood dan minat aku pada ketika ini adalah bahan bacaan yang agak santai serta tidak terlalu 'berat'. Almaklonglah emosi agak tidak menentu ketika ini. Haruslah mencerna bahan bacaan yang boleh membina pemikiran. Tetapi ada satu lagi masalah sekarang ni. Bila masa aku mahu membaca?

(which one should I start first?)

4 comments: