Sabtu lepas (5hb Sept), aku terpaksa -- kerana dipaksa -- menyertai program jungle trekking Pantai Kerachut. Kalau ikut nama rasmi dia berbunyi: Program Pengupayaan Kendiri Kakitangan JKMNPP. Target utama adalah untuk kakitangan yang masih belum cukup kuota 7 hari berkursus. Oleh kerana aku memang sudah cukup 7 hari, secara natural aku memang rasa tidak mahu join. Tetapi memandangkan opis aku ni tidak mempunyai staf yang ramai -- especially yang muda yang masih bujang -- maka automatik aku disuruh pergi.
(Taman Negara Pulau Pinang)
Program dimulakan pada pukul 9 lebih -- walaupun dalam tentatif pukul 8 -- dengan sesi regangan dan senaman pagi. Then pembahagian kumpulan. And aku 'sangat bertuah' kerana terpilih menjadi ketua kumpulan. Selaku ketua, aku bertanggung jawab untuk mengangkut tembikai sepanjang perjalanan jungle trekking tu. What the fish. Tidak mencabar pun bawak tembikai. Lain kali suruhlah bawak cempedak or nangka. Kalau tidak pun durian. Musang king lagi bagus. Pfftt. Menambahkan lagi keseronokan program ini apabila hujan turun dengan lebatnya ketika lebih separuh perjalanan. Dengan baju spare sekali turut basah. Program berakhir sekitar pukul 4 lebih. Balik rumah dengan sangat keletihan. Nasib baik tidak demam haih.
hahaha!! bawak durian musang king bru #win!
Haha "Sangat bertuah".. Part bawak buah takleh blah XD