Skinpress Rss

Wednesday, December 16, 2015

Mencuba

0

Semakin lama semakin hilang motivasi untuk meng-update blog. Inspirasi telah lama pergi. Emosi tidak menentu. Timbunan kerja juga gagal membendung gelora dalam hati. Ahh aku benci perasaan ini!

Sunday, November 29, 2015

No Shave November

0



"Weh kenapa serabai ja aku tengok kau ni?"
"Berkabung"
"Hah? Siapa mati"
"Hati aku"

Sunday, November 15, 2015

Heartbroken!

2


Aku agak down ketika ini. Sangat. Perasaan yang sukar digambarkan dengan sebarang kata. Actually sudah agak lama juga aku memendam rasa. Aku cuba sedaya upaya untuk memujuk hati sendiri. Namun aku akui kali ini aku betul-betul telah tewas. Aku tidak mampu bertahan lagi.



Dalam menghadapi kesibukan yang melanda diri. Aku tetap tidak boleh membuang kenangan yang telah tercipta. Setiap apa pun yang aku lakukan pasti bayangannya akan menjelma. Apatah lagi cubaan untuk melupakan. Pasti menemui kegagalan. Bahkan menguatkan lagi ingatanku terhadap dirinya. Aku rapuh. Terlalu rapuh.


Saturday, November 7, 2015

Kesibukan

2


Sebulan dua ni kesibukan bertingkek-tingkek. Dengan exam. Taklimat. Kursus. Siapkan file ulangkaji and permohonan baru. Ditambah dengan heartbroken lagi *kekeke*. Pendek kata sudah jarang mempunyai masa senggang. Buku-buku yang diborong sebelum ini pun masih banyak yang belum terusik. Adoi. Weekend pun terpaksa datang opis untuk siapkan kerja. Walaupun just setengah hari, still terganggu jugak waktu rehat hujung minggu aku. Apatah lagi waktu untuk bersiar-siar. Blog ini pun semakin terabailah jawabnya. Cannot go. Haih.

Saturday, October 31, 2015

Peperiksaan Perkhidmatan

0

Baru-baru ni aku telah menghadiri dengan jayanya peperiksaan perkhidmatan atau juga dikenali sebagai peperiksaan pengesahan jawatan. 27hb hingga 29hb di Batu Gajah. Tiga hari untuk tiga paper. Opkos aku malas mahu drive ke sana. Untuk itu perlu menggunakan pengangkutan awam. Bertolak dari Penang hari Isnin pagi. Plan asal naik keretapi. Tetapi akibat kelewatan aku tiba di jeti menyebabkan aku tertinggal tren. Huhu. So terpaksalah tukar plan. Naik bas. Turun di Amanjaya Ipoh. Sampai Ipoh tu sudah hampir pukul 11.00 pagi. Then naik teksi ke Batu Gajah. Nasib baiklah boleh claim. Kekeke. Stay di hotel bajet untuk tempoh 3 malam.

Dari hotel ke Akademi KTMB -- lokasi exam -- boleh tahan jauh jugak. Carter teksi untuk pergi dan balik exam sepanjang tiga hari tu. Area hotel tu pulak tidak banyak kedai makan melayu. Terpaksa menapak. Nanti kebulur pulak. Itupun lunch saja. Malam lepak bilik. Study. Kononlah.



Kawan aku yang sudah ambil exam bulan 5 haritu kata exam tu senang saja. Katanya. First time aku rasa jawab exam 3 jam tu sangat sekejap. Adeh. Kalau failed mana-mana paper perlu mengambil semula paper tersebut. Repeat. But at least aku sudah mencuba yang terbaik. Tawakal. Wish me luck!

(ontime everytime?)

Saturday, October 3, 2015

MYCyberSale 2015

2

Sempena #mycybersale2015 yang telah berlangsung pada 28hb Sept - 2hb Okt, sudah tentu aku juga tidak ketinggalan untuk membeli sesuatu dengan potongan harga yang menarik. Haha. Aku tidak membeli banyak pun. Ini saja:

(buku fixi : kebahagiaan berada di dalam beg ini)

Ya betul. Buku. Lagi. Plan mula-mula mahu beli di bookcafe. Tetapi ter-survey di fixi pulak. Selepas compare harga dan list buku yang ada di kedua-dua website, serta beberapa lagi website lain -- mph, terfaktab, dubook -- aku dapati promosi di fixi lebih menarik. Sepuluh buku RM155, termasuk delivery. Pilih tajuk buku yang aku rasa menarik. Place order. Bayar. Then 2 hari kemudian pada 30hb tu 'kebahagiaan' pun tiba. Kegilaan versi 2.0. Buku yang aku beli haritu pun banyak lagi belum terusik. Tambah lagi koleksi baru. Great.

Wednesday, September 23, 2015

Happy Anniversary & The Scorch Trials

0

Pada 19hb lepas telah genap setahun perkhidmatan. Sedar tidak sedar sudah melalui satu pertiga perjalanan. Oleh itu untuk celebrate tarikh bersejarah tersebut aku membelanja diri sendiri menonton wayang. Hahaha. Kebetulan sequel the maze runner sedang hangat di pawagam. Menurut komen and review orang ramai mengatakan movie kali ni awesome. Dengan semangat berkobar-kobar aku pun membeli tiket online. Tidak sabar untuk melihat sendiri apa yang best-nya. Namun apabila aku keluar dari cinema tu aku agak hampa. Maybe expectation aku terlalu tinggi. Itulah padahnya jika terlalu follow kata-kata orang. Selera masing-masing berbeza. Bagi aku yang first dulu lagi best. Apa-apa pun bolehlah layan The Scorch Trials ni.

(gambar dari google)

[Sila google untuk sinopsis cerita dan review orang ramai. Tapi diingatkan untuk menonton dengan  keinginan sendiri tanpa dipengaruhi anasir luar kekeke.]

Tuesday, September 15, 2015

Sepatutnya

1

14hb September 2015
Satu tarikh penting. Tarikh yang akan mengubah jalan cerita hidup aku. Hari untuk aku melaporkan diri di Arkib Negara -- mendengar taklimat sebelum mendapat surat penempatan. Prosedur serupa yang aku hadapi tahun lepas, cuma berbeza kementerian. Sepatutnya. Namun setelah melakukan pertimbangan yang sewajarnya, aku masih di sini. Mengambil keputusan untuk rela menghadap audit dalaman. Hmm. Semoga keputusan yang aku ambil ini satu keputusan yang betul. Aminnn.
Berkat berjasa!

Wednesday, September 9, 2015

Kerachut

2

Sabtu lepas (5hb Sept), aku terpaksa -- kerana dipaksa -- menyertai program jungle trekking Pantai Kerachut. Kalau ikut nama rasmi dia berbunyi: Program Pengupayaan Kendiri Kakitangan JKMNPP. Target utama adalah untuk kakitangan yang masih belum cukup kuota 7 hari berkursus. Oleh kerana aku memang sudah cukup 7 hari, secara natural aku memang rasa tidak mahu join. Tetapi memandangkan opis aku ni tidak mempunyai staf yang ramai -- especially yang muda yang masih bujang -- maka automatik aku disuruh pergi.

 (Taman Negara Pulau Pinang)

Program dimulakan pada pukul 9 lebih -- walaupun dalam tentatif pukul 8 -- dengan sesi regangan dan senaman pagi. Then pembahagian kumpulan. And aku 'sangat bertuah' kerana terpilih menjadi ketua kumpulan. Selaku ketua, aku bertanggung jawab untuk mengangkut tembikai sepanjang perjalanan jungle trekking tu. What the fish. Tidak mencabar pun bawak tembikai. Lain kali suruhlah bawak cempedak or nangka. Kalau tidak pun durian. Musang king lagi bagus. Pfftt. Menambahkan lagi keseronokan program ini apabila hujan turun dengan lebatnya ketika lebih separuh perjalanan. Dengan baju spare sekali turut basah. Program berakhir sekitar pukul 4 lebih. Balik rumah dengan sangat keletihan. Nasib baik tidak demam haih.

Friday, September 4, 2015

kegilaan apakah ini?

4

Setelah sekian lama, hari Sabtu lepas baru berkesempatan untuk keluar bersiar-siar di QBM. Mula-mula terasa macam malas jugak mahu ke sana. Tiada urgency sangat pun. Selepas berkira-kira akhirnya ter-pergi jugak. Plan utama adalah untuk terminate number digi and singgah watsons sekejap. Namun sudah tentulah akan terpesong daripada rancangan asal. Plan untuk spend at most 2 hours ter-double jadi lebih 4 hours. Banyak jugak kedai yang aku masuk. Salah satunya adalah Popular. Aku ada satu hobi membeli buku -- walaupun bacanya belum tentu lagi. Setelah berlegar-legar agak lama di situ (hampir sejam), aku keluar dengan tangan kosong. Tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya mengekang nafsu. Konon. Malamnya tu aku online and membuka website bookcafe. Di situlah bermulanya 'kegilaan' ini. Aku mula jadi kelabu mata. Niat pada awalnya untuk survey and compare harga saja sebab biasanya bookcafe ada buat promosi -- ada diskaun. Sekalinya 'terjumpa' pulak buku yang aku beriya cari di Popular tapi tidak ketemu. Lalu ter-survey-lah pulak beberapa buku yang lain. Place order. Pay. Tunggu delivery. Maka hasilnya:

(parcel citylink sudah sampai)

Mood dan minat aku pada ketika ini adalah bahan bacaan yang agak santai serta tidak terlalu 'berat'. Almaklonglah emosi agak tidak menentu ketika ini. Haruslah mencerna bahan bacaan yang boleh membina pemikiran. Tetapi ada satu lagi masalah sekarang ni. Bila masa aku mahu membaca?

(which one should I start first?)

Wednesday, August 26, 2015

Should I?

7

Sedang aku bersemangat untuk membuat kerja di pagi hari tetiba notifikasi henfon berbunyi. Terima dua mesej whatsapp daripada abah. Satu gambar surat yang abah snap dan satu lagi text berbunyi "surat lantikan tetap baru sampai. nanti abah pos. bagi alamat". Dalam hati aku sudah rasa pelik. Surat lantikan apa pulak ni. Rasanya aku sudah lama terima. Then apabila aku teliti betul-betul isi kandungan surat tu, surprise! Rupa-rupanya surat lantikan kerja di arkib --  yang sebelum ini aku hanya disenaraikan sebagai calon simpanan. Speechless. Patutlah semalam ada miskol nombor yang tidak dikenali. And sudah tentulah aku rasa nervous, excited, risau serta pelbagai perasaan lain lagi yang bercampur-baur. Sehingga mengganggu kelancaran untuk aku menyiapkan kerja.

Frankly, kalau sekarang ni aku tidak bekerja memang dengan senang hati aku terus terima. Tetapi dengan situasi dan keadaan aku yang sudah hampir setahun berkhidmat -- sudah mula rasa selesa di Balik Pulau -- membuatkan aku rasa serba salah. Memanglah pada awalnya dulu aku tidak berapa gemar dengan kerja aku ni -- and even sekarang pun masih ada jugak perasaan tersebut sedikit-sebanyak. But, what if aku terima lantikan tersebut and then aku rasa kerja tu lagi membosankan. Risiko tu. Risiko.

Aku buntu. Keliru. Confuse. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Should I stay? Or should I go?

Saturday, August 22, 2015

The Producers (k-drama)

2

(foto ihsan gugel.like always lol)

Aku bukanlah seorang yang sangat gemar melayan drama. Hanya sekali-sekala jika aku rasa sesuatu cerita tu menarik, di samping barisan pelakon (yang hot opkos) juga turut memainkan peranan (kekeke). Kebiasaannya aku lebih gemar untuk melayan variety show. Selain Running Man yang femes dan menjadi kegemaran ramai (walaupun lately sudah kurang menyengat), top feveret aku adalah 2 Days 1 Night. Recommended (hehe).

Haritu aku tergerak mahu melayan The Producers (or just 'Producer') -- akibat terpengaruh dengan iklan di akhir segmen 2D1N. Plus ada IU woii. Walaupun cerita ni ada 12 episod saja, tapi mengambil masa jugak untuk aku habiskan tu. Almaklonglah sekarang ni sudah bekerja. Dapat layan 1 episod sehari pun kira banyak sudah tu. Kalau dulu zaman study bolehlah bermarathon (huhu). So setelah lebih kurang 2 minggu maka berjaya jugaklah aku khatam.

The Producers ni roughly berlatarbelakangkan life sebagai seorang PD (producer) variety department KBS. Apa yang buat aku sedikit teruja tu sebab Cha Tae Hyun (feveret member aku dalam 2D1N) yang memegang watak sebagai PD 2D1N -- kind of macam parody pun ada sebenarnya. Sedikit sebanyak ada jugaklah berkaitan proses shooting and brainstorming 2D1N. Walaupun tidak menyeluruh dan tepat, but still you will get the idea.

The Producers ni boleh diistilahkan sebagai 'variety drama' pertama yang dihasilkan, bukan sahaja disebabkan oleh subject yang dibawa malah diterbitkan oleh variety department instead of drama department. Overall cerita ni bolehlah dilayan, especially untuk peminat 2D1N macam aku. Para pelakon pembantu dia boleh tahan hot jugak. Gahhhh.

Saturday, August 8, 2015

Fragile

0

“Aku fikir aku sudah cukup kuat, sudah cukup matang untuk menghadapi dugaan percintaan. Sebab itulah aku berani mengambil risiko untuk jatuh cinta dengan seorang gadis yang bagi aku cukup sempurna. Panas yang ku sangka hingga ke petang namun hujan di tengah hari. Ternyata ujian kali ini maha hebat. Aku lemah dan lelah.”

Air mata Salji tumpah lagi. Kebelakangan ini dia kerap mengalirkan air mata setiap kali berdoa selepas solat. Impian untuk membina mahligai indah bersama dengan Bunga, gadis pujaan hatinya, hancur musnah. Hatinya juga turut sama berkecai. Umpama kaca yang dihempas ke batu. Jika bukan kerana masih mempunyai sedikit sisa-sisa keimanan pasti Salji akan menjadi penghuni hospital bahagia. Sungguh Salji merindui Bunga. Sangat.

Sunday, August 2, 2015

Backdated

2

Lately mood untuk meng-update sering datang dan pergi. Datang di kala aku tidak mempunyai masa dan kesempatan. Pergi ketika aku sudah bersedia di papan kekunci. And satu ketika apabila aku sudah bersemangat mengarang ayat then tetiba mood hilang untuk menyudahkan sesuatu entry tu. Untuk itu aku save saja dulu (draft), then apabila mempunyai mood serta masa yang sesuai baru aku akan olah balik ayat before di-publish-kan. Makanya terjadilah entry yang backdated seperti sebelum-sebelum ini (dan juga pada masa akan datang). Hee.

Monday, July 27, 2015

Cerita Raya 2015

5

Salam Aidilfitri. Masih dalam mood raya katakan. Alhamdulillah tahun ini nampaknya masih berjaya untuk beraya di kampung sendiri dan tiada perubahan status pada diri. Masih single dan belum berkahwin (tapi calon sudah ada *hehe*). Seperti beberapa tahun kebelakangan ini, mood untuk beraya sudah tidak semeriah zaman budak-budak dulu. Frankly memang aku agak tidak berapa enjoy raya kali ini, perasaan itu tidak seronok. Banyak persoalan yang berlegar-legar di fikiran. Personal issues. Tapi aku cuba put aside dan menikmati setiap detik bersama keluarga. Raya kali ini adalah raya pertama selepas aku mula bergelar penjawat awam. Apa yang best tu sebab boleh guna waran udara untuk beli tiket flight. So tidak perlu aku bersusah-payah memikirkan harga tiket flight apa semua. Just bagitahu tarikh and masa yang diingini kepada pihak kewangan di Komtar then diorang yang akan purchase. Aku memang sudah lama plan – sejak dari mula-mula masuk kerja tu lagi – mahu ambil cuti raya 2 minggu. Seminggu sebelum dan seminggu selepas raya. Dapatlah jugak merasa bersahur dan berbuka di rumah bersama keluarga tercinta. After this maybe next year baru dapat pulang ke kampung halaman. Dapat waran setahun sekali saja pun. Namun jauh di sudut hati berkeinginan untuk pulang lagi later this year dengan membawa 'misi penting'. Hmm.

Highlight raya tahun ini berkisar mengenai cousin (lelaki) aku – yang 4 tahun lebih muda – yang bertunang seminggu selepas raya tu then bakal berkahwin bulan 10 nanti. Nasib baik aku tidak dilibatkan dalam sebarang persoalan 'maut' – soalan bonus yang sudah boleh dijangka namun tetap tidak ada jawapan (lagi) buat masa ini – walaupun status diri ini sudah sedikit ter-reveal sebenarnya. Pheww.

Friday, July 17, 2015

Salam Aidilfitri 1436H

0

(foto ihsan encik gugel lagi sekali)

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran kata secara sedar ataupun tidak. Semoga syawal ini memberi beribu keberkatan kepada kita semua. Selamat menjamu ketupat dan lemang yeay!

Friday, June 19, 2015

Salam Ramadhan 1436H

1


(foto ihsan encik gugel)


Salam Ramadhan. Alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan sekali lagi untuk menyambut bulan yang mulia ini. Marilah kita bersama-sama berusaha memanfaatkan segala kelebihan yang terkandung di bulan ini. Selamat berpuasa dan bertarawikh. Semoga semua amalan kebaikan kita diterima. Insya-Allah.

Saturday, May 30, 2015

Satu Pagi Di KL Sentral

0

Bas mula bertolak dari Penang (Terminal Sg Nibong) pada pukul 1.35 pagi. Sepanjang perjalanan aku tidur saja. Pada minggu lepas tu aku agak banyak menghabiskan tenaga dengan tugasan luar pejabat (atau erti kata lainnya kursus). Maka sedikit keletihan jugaklah untuk menempuh perjalanan jauh walaupun dalam hati berbunga riang (excited) untuk ke KL. Aku sedar-sedar saja sudah tiba di KL dan terus melihat waktu di jam tangan, belum pukul 5 pagi pun lagi! Bermakna tidak sampai 4 jam pun perjalanan dan driver itu memandu dengan agak laju. Kalau sudah tidur tu memang tidak sedar apa pun (huhu). Aku turun di KL Sentral, mudah segala urusan (toilet dan surau) serta agak selamat (ramai orang). Sementara menunggu masuk waktu subuh tu aku hanya duduk-duduk saja sambil membelek henfon (obviously lol). Selepas selesai menunaikan kewajipan tu aku kembali duduk di tempat yang sama (kerusi panjang dekat dinding). Sedang dalam keadaan yang masih sedikit mengantuk dan sementara menunggu untuk diambil tu aku bercadang untuk melelapkan mata seketika. Namun hasrat aku terbantut apabila secara tiba-tiba datang seorang pakcik berumur dalam lingkungan 50-60an (aku tidak berapa arif mengagak umur seseorang) berbangsa india (maybe) duduk berhampiran dan menegur aku. Pada mulanya aku tidak berapa paham jugak apa yang dikatakan oleh pakcik tu sebab dia speaking dan tidak jelas butir katanya. But aku layankan saja and slowly dapat jugak la menangkap ayat-ayatnya. Apa yang aku paham (maybe silap) adalah pakcik tu kata dia belajar di Nilai (tak sure level apa and course apa) secara part-time and kelas pada hujung minggu. Namun katanya pada minggu ni tiada kelas dan dia tidak mendapat makluman. Mahu pulang ke rumah tapi tidak mempunyai duit tambang yang mencukupi, 4 ringgit katanya. Kad ATM pula tidak dibawa. Sudahnya malam tadi pakcik tu terpaksa tidur di kaki lima KL Sentral. Duit dalam kocek hanya ada seringgit. Okay, aku sudah boleh predict hala tuju cerita pakcik tu. Selepas menyoal balas beberapa ketika (pakcik tu tanya aku dari mana, kerja apa semua) aku terdetik untuk membantu. Suka untuk aku tekankan mengenai stigma sesetengah masyarakat yang mengatakan pekerja jabatan kebajikan merupakan orang yang senang untuk membantu adalah kurang tepat. Bagi aku pekerja kebajikan ni perlu lebih bersikap investigative (gitteww) sebab masyarakat sekarang ni yang berkemampuan pun masih mahu memohon bantuan kebajikan (demi duit katakan). Berbalik kepada kisah pakcik tu, setelah berfikir ketika (berapa banyak yang aku mahu sumbangkan) lalu aku keluarkan sekeping not bewarna merah. Rezeki pakcik tu. Dia tipu or tidak itu urusan dia dengan tuhan. Niat aku hanya ingin menolong dengan ikhlas. ^^v

Monday, May 18, 2015

Marah

2

Sepatutnya aku akan attend exam pengesahan jawatan (bahagian II, III dan IV) pada 26-28hb Mei nanti. Tetapi disebabkan oleh kesilapan orang lain, borang permohonan yang aku sudah hantar ke Komtar dari bulan lepas lagi tidak disampaikan ke HQ Putrajaya. Agak stress jugaklah. Orang sudah standby and prepare untuk ambil exam awal-awal. Haih. So terpaksalah menunggu next jadual pulak, bulan Oktober. Lepas ni memang hantar direct saja ke Putrajaya. Tidak perlu melalui Komtar lagi. Huh!

Monday, April 13, 2015

Alahai SPA

3

Pagi masuk kerja check email. Dapat satu daripada SPA. Another panggilan interview. Next week 20hb pukul 8.00 malam. Menjadikan tiga panggilan temuduga pada hari yang sama dan waktu yang sama bagi jawatan berbeza. SPA oh SPA. At least arrange lah pada hari yang berbeza atau waktu yang berbeza. Tapi bukan aku boleh attend pun. Interview di Tawau. Aku di Balik Pulau. Haha.

Sunday, April 12, 2015

Semangat Baru

0

Kebosanan di hujung minggu. Tetiba tergerak untuk melawat blog sendiri. Membaca kembali post yang terdahulu. Rasa impress pulak dengan diri sendiri. Haha. Macam mana aku yang dahulu boleh jugak post sesuatu even just benda simple or mengarut. Kenapa aku tidak boleh jadi seperti itu? Mengambil semangat tersebut, starting today aku menanam azam untuk cuba meng-update at least dua atau tiga kali sebulan. Paling 'busuk' pun satu kali. Berusaha untuk memeriahkan lagi arena penulisan. Ada orang baca atau tidak tu belakang cerita. Lebih kepada untuk kepuasan diri. So nanti dalam 10 tahun akan datang aku boleh baca balik apa yang aku tulis dan mengimbau memori lampau. Fighting!

Friday, March 27, 2015

6 Bulan dan Exam JPA

0


Pada 22hb Mac lepas genaplah sudah 6 bulan sejak aku mula bertugas di Balik Pulau ni. Agak tidak terasa jugak sebenarnya apabila kesibukan membuat kerja. Well tiadalah sibuk mana pun, but at least ada kerja untuk dibuat (hehe). Then pada 24hb tu pulak aku ada exam untuk pengesahan jawatan bahagian I. Untuk pengetahuan -- bagi yang belum tahulah -- exam pengesahan jawatan ni merangkumi 4 bahagian. Bahagian I merupakan soalan-soalan daripada JPA (soalan objektif) manakala 3 bahagian yang selebihnya (soalan esei) daripada JKM yang akan dibuat hujang bulan 5 nanti. Aku ingatkan exam JPA ni buat dekat-dekat saja. Sekalinya buat di Jitra, Kedah. Perjalanan ke sana ambil masa lebih kurang sejam setengah hingga dua jam. Padahal exam tu sejam saja pun. Kalau mahu drive sendiri ke sana sudah tentulah aku malas (haha). Oleh itu aku berpakat dengan seorang kawan di Komtar yang akan turut sama menduduki exam tersebut untuk menggunakan kenderaan jabatan -- driver hantar. Nasib baik jadual exam aku tu mula petang. So bolehlah rileks sikit gerak dalam tengah hari. Sempat sampai di tempat exam -- Politeknik Sultan Abdul Halim -- sejam lebih sebelum bermula exam pukul 4 petang walaupun agak cuak dipermulaan kerana tidak menjumpai dewan (huhu). Exam ni memang boleh bawak buku rujukan tetapi antara sempat jawab atau tidak. Banyak jugak yang aku main tembak sebab tidak sempat cari jawapan. Gamble. Selesai exam kami terus bergerak pulang ke Pulau Pinang. InsyaAllah peluang untuk lulus tu ada. Wish me luck!

Friday, March 6, 2015

PKMD BD Family Day

0




Weekend lepas opis aku buat family day di Sunway Lagoon. First time aku masuk sana. Sebelum ni aku pernah pergi Sunway Pyramid pun sekali saja. So apabila ada peluang seperti ini haruslah aku bersemangat waja untuk join. Fully sponsored -- pengangkutan, penginapan and tiket masuk -- guna bajet opis. Kalau aku mahu pergi sendiri tu entah bilalah baru berkesempatan jawabnya. Kitorang gerak dengan menaiki bas dari depan opis di Balik Pulau pukul 12.30 tengah malam, planning-nya terus menuju ke Sunway Lagoon. Kitorang sampai di Hentian Sg Buloh belum pukul 6 pagi pun lagi. Berhenti untuk solat subuh dan sarapan before sambung gerak ke destinasi utama. Kalau pergi awal-awal pun pukul 10 jugak baru bukak. Still kitorang sudah terpacak depan kaunter tiket pukul 9 pagi. Puaslah menunggu selama lebih kurang sejam sambil mengusha orang ramai yang turut sama seperti tidak sabar untuk menyerbu masuk. Kebetulan pada hari tersebut ada 2-3 lagi company yang turut menganjurkan family day. Tepat pukul 10 pagi pintu masuk buka maka berpusu-pusulah manusia masuk. Aku berhajat untuk mencuba semua games and attractions, especially vuvuzela. But then terlalu ramai yang que menunggu giliran membuatkan aku terpaksa melupakan saja. Namun dapat jugak la masuk 4-5 games termasuk scream park and tomahawk. Kitorang keluar dari situ around pukul 4 petang terus menuju ke Bangi Guest House. Selepas berehat, mandi and solat apa semua, malam tu kitorang keluar untuk makan malam. Then keesokan tu pagi-pagi pukul 8 begitu sudah bersiap-siap untuk gerak pulang. Sebelum tu sempat menyinggah Nilai 3 and then Pusat Sains Negara. Kitorang sampai di Balik Pulau around pukul 11 malam. Boleh tahan penat tapi esoknya kena masuk kerja jugak. Adeh.

Friday, February 27, 2015

Untunglah kau Brian..

0

Entry berbaur ke-jeles-an di situ. Hahaha. Gila tidak jeles. Kawan satu negeri yang sama-sama menaiki bas untuk sampai di Pulau Pinang; sama-sama melapor diri di Komtar; and walaupun dia ditempatkan di Timur Laut manakala aku pulak di Barat Daya, still rasa tenang jugaklah bila ada kawan sama-sama bertugas di perantauan ni. But then bila kawan tersebut mendapat offer jawatan lain dan ditempatkan balik ke negeri sendiri sudah tentu kecemburuan itu meluap-luap. Rezeki dia. Aku ni terpaksalah menunggu beberapa tahun lagi untuk peluang seperti itu menjelma. Bertabahlah wahai diri. Fighting!

Monday, February 2, 2015

iPhone 6

0

At first aku tiada nafsu pun mahu memiliki iphone 6. Plan asal mahu membeli ipad mini 2 after harganya jatuh sebab ipad mini 3 baru release. Tetapi tiada stok pulak yang 32gb. So aku terpaksa menilai kembali options yang available. Alang-alang tu better aku aim iphone 6 ja. Namun yang lecehnya tu aku perlu menunggu restock sebab asyik sold out. Dari hujung November tu lagi aku menanti dan terus menanti. Bosan menunggu, finally aku decided untuk membeli jugak sesuatu even kalau iphone 6 tu still tiada stok. So pada Sabtu lepas (31hb) dengan perasaan sedikit nervous plus excited aku pergi ke Queensbay Mall membawa satu misi. Sekali lagi aku hampa kerana iphone 6 masih tiada stok. Demm. Aku spend time dari pukul 11 lebih sampai ke petang semata-mata untuk merangka plan baru. Aku tidak mahu pulang tangan kosong lagi kali ini setelah beberapa kali kecewa. Setelah puas memerah otak berfikir serta menilai options yang ada, akhirnya aku membeli jugak la sesuatu. Henfon biasa-biasa sajalah tapi. Asalkan ada. Huhuhu. Walaupun hati riang gembira mempunyai henfon baru, but still rasa kurang berpuas hati jugak la kerana gagal memiliki apa yang dihajati. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti later this year aku akan mencuba lagi. Heeee

Monday, January 5, 2015

Salam Maulidur Rasul & Selamat Tahun Baru 2015

0


Hoyo sudah masuk 2015! Walaupun aku merasakan masa sangat lambat berlalu, tetapi disebabkan penghujung tahun tu tiba-tiba agak sibuk -- Balik Pulau dilanda ribut -- tidak terasa pun sudah memasuki tahun baru. Even cuti umum 1hb tu pun terpaksa bekerja. Then hari Sabtu pulak menyertai perhimpunan kontinjen Maulidur Rasul peringkat negeri Pulau Pinang. Sekurang-kurangnya dapat jugak la claim OT.