Skinpress Rss

Wednesday, August 26, 2015

Should I?

7

Sedang aku bersemangat untuk membuat kerja di pagi hari tetiba notifikasi henfon berbunyi. Terima dua mesej whatsapp daripada abah. Satu gambar surat yang abah snap dan satu lagi text berbunyi "surat lantikan tetap baru sampai. nanti abah pos. bagi alamat". Dalam hati aku sudah rasa pelik. Surat lantikan apa pulak ni. Rasanya aku sudah lama terima. Then apabila aku teliti betul-betul isi kandungan surat tu, surprise! Rupa-rupanya surat lantikan kerja di arkib --  yang sebelum ini aku hanya disenaraikan sebagai calon simpanan. Speechless. Patutlah semalam ada miskol nombor yang tidak dikenali. And sudah tentulah aku rasa nervous, excited, risau serta pelbagai perasaan lain lagi yang bercampur-baur. Sehingga mengganggu kelancaran untuk aku menyiapkan kerja.

Frankly, kalau sekarang ni aku tidak bekerja memang dengan senang hati aku terus terima. Tetapi dengan situasi dan keadaan aku yang sudah hampir setahun berkhidmat -- sudah mula rasa selesa di Balik Pulau -- membuatkan aku rasa serba salah. Memanglah pada awalnya dulu aku tidak berapa gemar dengan kerja aku ni -- and even sekarang pun masih ada jugak perasaan tersebut sedikit-sebanyak. But, what if aku terima lantikan tersebut and then aku rasa kerja tu lagi membosankan. Risiko tu. Risiko.

Aku buntu. Keliru. Confuse. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Should I stay? Or should I go?

7 comments: