Skinpress Rss

Monday, May 1, 2017

MAY i help you?

4

Selamat hari pekerja. Sudah masuk bulan Mei, bulan yang sangat special(?). Hehe. Empat bulan yang telah berlalu di tahun 2017 ini seperti tidak terasa. Aku masih struggle dan lately bertambah struggle untuk meng-update blog. Adeh. Kekangan masa rentetan bebanan kerja yang semakin bertimbun. Selain perlu menguruskan permohonan kes baru bantuan, aku juga perlu menyiapkan laporan penyeliaan. Maka masa aku banyak dihabiskan di situ -- memerah otak mengarang ayat ulasan laporan. Namun aku tetap meluangkan masa jugak untuk menjenguk blog dan membalas kunjungan. Selamat bercuti!

(pinjam gambar google opkos!)


Wednesday, January 11, 2017

New Task New Challenge

0

Alhamdulillah. Setelah pelbagai spekulasi dan khabar angin, akhirnya terjawab jugak persoalan. Walaupun sebenarnya aku sudah dapat maklumat dari awal (secara rahsia), tapi terpaksa menunggu mesyuarat kakitangan pada siang tadi untuk mengesahkan secara rasmi pertukaran dalaman. At least boleh menarik nafas lega dapat keluar dari unit sebelum ini. Serentak dengan itu juga berlaku perubahan pada struktur kerja/tugas yang bagi aku mempunyai pro/con masing-masing. Kita tengok macamana perjalanan dia nanti. Apa-apa pun, semoga aku dapat melaksanakan tugas dengan baik di unit yang baru ini. Hwaiting!


Monday, January 2, 2017

Salam 2017!

11

Alhamdulillah. Masih lagi bernafas di tahun baru masihi ini. Aku merancang untuk melaksanakan satu projek besar pada tahun ini. Semoga perancangan tersebut berjaya dilaksanakan dan berjalan lancar dengan izin-Nya. Aminnn.

(pinjam gambar google)

Aku menghabiskan cuti tahun baru di rumah ja. Mahu berjalan-jalan pun tiada tujuan dan hala tuju. Better aku lepak di rumah ja menyimpan tenaga. Boleh berehat-rehat dan bermalas-malasan. Nikmat.

Saturday, December 17, 2016

Berjalan-jalan di Penang

5

Last week cik puan datang Penang. Cuti-cuti Malaysia katakan. Maka aku membawa la beliau berjalan-jalan. Pagi Sabtu tu around pukul 10 aku pick up cik puan di airport then terus ke destinasi pertama -- Bukit Bendera. Brunch pun di sana ja (walaupun tahu agak mahal).


Selepas itu kami ke Pantai Miami. Pekena laksa dan rojak sotong. Sambil disapa bayu laut. Nyaman. Lepas makan, hantar cik puan balik hotel.




Second day, selepas bersarapan kami ke Tokong Ular. Tapi malangnya tidak banyak yang dapat diceritakan. Then kami ke Akuarium Tunku Abdul Rahman di Batu Maung. Seronok jugak melihat pelbagai spesies ikan berenang-renang.


Plan seterusnya mahu ke Muzium Perang -- yang terletak berdekatan situ ja. Namun disebabkan ketika itu sudah melebihi waktu tengah hari, kami decided untuk mencari makanan. At first macam mahu makan nasi, tapi tidak pula terlalu kelaparan sebab sarapan pun sudah agak lewat. So aku suggest makan laksa (again?). Kami mencuba Laksa Tempurung di Pantai Tanjung Assam -- order laksa , ABC pelam and cendol pelam. Marveles!



Sebelum hantar cik puan balik hotel, plan mahu menyinggah QBM sekejap. Tapi jalan on the way mau masuk QBM tu pun sudah sesak. Terpaksalah membatalkan sahaja hasrat tersebut.

Third day, hari last percutian cik puan. Flight tengah hari. Sempatlah aku mengajak makan di Nasi 7 Benua -- aku sendiri pun belum pernah mencuba lagi. Time kami sampai tu sudah mau masuk lunch hour. Nasib kami baik sebab dapat meja kosong. Ramai yang datang makan bersama family.


Selesai menghantar cik puan ke airport, aku terus balik ke rumah. Thanks to cik puan sebab datang Penang. Kalau tidak aku sendiri pun tidak tahu bila aku akan mengunjungi tempat-tempat tersebut. Prefer stay di rumah ja, bermalas-malasan. Hahaha. Next time boleh try bawak ke area Tanjung pulak.

Sunday, November 6, 2016

iPhone 7?

2

Awal tahun lepas aku ada buat satu entry pasal iPhone 6. Betapa aku beriya-iya mahu membeli iPhone ketika itu, last-last tidak jadi kerana kehabisan stok. Lebih setahun berlalu, Apple mengeluarkan pulak iPhone 6S then diikuti dengan iPhone SE. Kini yang terbaru iPhone 7.


Setelah kegagalan aku tempoh hari, aku macam agak tawar hati mahu mendapatkan iPhone lagi. Namun lately hati ini seolah membuak-buak mahu cuba menggunakan smartphone keluaran Apple. Persoalannya kini, mahu pilih yang mana satu? Hmm.