Skinpress Rss

Saturday, December 16, 2017

Memori

0

Okay sudah masuk Disember. Bermakna lebih kurang 7 bulan terbiar blog aku ni. 
Post ini pun sebenarnya aku start karang awal bulan November. Then simpan dalam draft. Buat sikit-sikit. Kesuntukan masa dan idea. 😅
Pernah terdetik untuk terus bersara ja dari dunia blog. Namun bila aku terkenang kembali memori suka-duka selama kewujudan blog ini rasa tidak sampai hati pulak. Kenangan bermula ketika di tahun akhir pengajian sehingga ke hari ini sedikit-sebanyak tercoret di sini. Walaupun rakan seperjuangan yang bersama-sama aktif suatu waktu dulu sudah lama meninggalkan aku berseorangan, aku masih tetap setia meneruskan langkah. 😌
Lately memang agak susah untuk aku meng-update. Mostly kerana kesuntukan masa. Bebanan tugas harian semakin bertambah pada tahun ini berikutan pertukaran unit ketika awal tahun. Semoga aku terus semangat!💪

0 comments: