Skinpress Rss

Saturday, August 22, 2015

The Producers (k-drama)

2

(foto ihsan gugel.like always lol)

Aku bukanlah seorang yang sangat gemar melayan drama. Hanya sekali-sekala jika aku rasa sesuatu cerita tu menarik, di samping barisan pelakon (yang hot opkos) juga turut memainkan peranan (kekeke). Kebiasaannya aku lebih gemar untuk melayan variety show. Selain Running Man yang femes dan menjadi kegemaran ramai (walaupun lately sudah kurang menyengat), top feveret aku adalah 2 Days 1 Night. Recommended (hehe).

Haritu aku tergerak mahu melayan The Producers (or just 'Producer') -- akibat terpengaruh dengan iklan di akhir segmen 2D1N. Plus ada IU woii. Walaupun cerita ni ada 12 episod saja, tapi mengambil masa jugak untuk aku habiskan tu. Almaklonglah sekarang ni sudah bekerja. Dapat layan 1 episod sehari pun kira banyak sudah tu. Kalau dulu zaman study bolehlah bermarathon (huhu). So setelah lebih kurang 2 minggu maka berjaya jugaklah aku khatam.

The Producers ni roughly berlatarbelakangkan life sebagai seorang PD (producer) variety department KBS. Apa yang buat aku sedikit teruja tu sebab Cha Tae Hyun (feveret member aku dalam 2D1N) yang memegang watak sebagai PD 2D1N -- kind of macam parody pun ada sebenarnya. Sedikit sebanyak ada jugaklah berkaitan proses shooting and brainstorming 2D1N. Walaupun tidak menyeluruh dan tepat, but still you will get the idea.

The Producers ni boleh diistilahkan sebagai 'variety drama' pertama yang dihasilkan, bukan sahaja disebabkan oleh subject yang dibawa malah diterbitkan oleh variety department instead of drama department. Overall cerita ni bolehlah dilayan, especially untuk peminat 2D1N macam aku. Para pelakon pembantu dia boleh tahan hot jugak. Gahhhh.

2 comments: