“Aku fikir aku
sudah cukup kuat, sudah cukup matang untuk menghadapi dugaan
percintaan. Sebab itulah aku berani mengambil risiko untuk jatuh
cinta dengan seorang gadis yang bagi aku cukup sempurna. Panas yang
ku sangka hingga ke petang namun hujan di tengah hari. Ternyata ujian
kali ini maha hebat. Aku lemah dan lelah.”
Air mata Salji
tumpah lagi. Kebelakangan ini dia kerap mengalirkan air mata setiap
kali berdoa selepas solat. Impian untuk membina mahligai indah
bersama dengan Bunga, gadis pujaan hatinya, hancur musnah. Hatinya
juga turut sama berkecai. Umpama kaca yang dihempas ke batu. Jika
bukan kerana masih mempunyai sedikit sisa-sisa keimanan pasti Salji
akan menjadi penghuni hospital bahagia. Sungguh Salji merindui Bunga.
Sangat.
0 comments:
Post a Comment