Salam Aidilfitri. Masih dalam mood raya katakan. Alhamdulillah tahun
ini nampaknya masih berjaya untuk beraya di kampung sendiri dan tiada
perubahan status pada diri. Masih single dan belum berkahwin (tapi
calon sudah ada *hehe*). Seperti beberapa tahun kebelakangan ini,
mood untuk beraya sudah tidak semeriah zaman budak-budak dulu.
Frankly memang aku agak tidak berapa enjoy raya kali ini, perasaan
itu tidak seronok. Banyak persoalan yang berlegar-legar di fikiran.
Personal issues. Tapi aku cuba put aside dan menikmati setiap detik
bersama keluarga. Raya kali ini adalah raya pertama
selepas aku mula bergelar penjawat awam. Apa yang best tu sebab boleh
guna waran udara untuk beli tiket flight. So tidak perlu aku
bersusah-payah memikirkan harga tiket flight apa semua. Just bagitahu
tarikh and masa yang diingini kepada pihak kewangan di Komtar then
diorang yang akan purchase. Aku memang sudah lama plan – sejak dari
mula-mula masuk kerja tu lagi – mahu ambil cuti raya 2 minggu.
Seminggu sebelum dan seminggu selepas raya. Dapatlah jugak merasa
bersahur dan berbuka di rumah bersama keluarga tercinta. After this
maybe next year baru dapat pulang ke kampung halaman. Dapat waran
setahun sekali saja pun. Namun jauh di sudut hati berkeinginan untuk
pulang lagi later this year dengan membawa 'misi penting'. Hmm.
Highlight raya tahun ini berkisar
mengenai cousin (lelaki) aku – yang 4 tahun lebih muda – yang
bertunang seminggu selepas raya tu then bakal berkahwin bulan 10
nanti. Nasib baik aku tidak dilibatkan dalam sebarang persoalan
'maut' – soalan bonus yang sudah boleh dijangka namun tetap tidak
ada jawapan (lagi) buat masa ini – walaupun status diri ini sudah
sedikit ter-reveal sebenarnya. Pheww.
selamat hari raya.. best nya dah kje! da bole slow2 cri y teristimewa tu.. hiks.. slow2 okay! xya nk rushing2 sgt.. take it easy... slow n steady.. biar apa org nk kata.. we know ourself better.. [fife is taking to the mirror..] :)
kalau ditanya soalan bonus, jawab je "percaya pada Allah tak?"
sebab semuanya rahsia DIA.. hihihihiiii~ ^_^
@fifie feyca
selamat hari raya..haa betul tu.. slow2^^
@NuSaNa NoSa 91
biasalah bila sudah semakin meningkat usia ni..pasti soalan bonus selalu berkumandang hehe
dah besar ni xmai dah mood 2...hehe