Baru-baru ni aku telah menghadiri dengan jayanya peperiksaan perkhidmatan atau juga dikenali sebagai peperiksaan pengesahan jawatan. 27hb hingga 29hb di Batu Gajah. Tiga hari untuk tiga paper. Opkos aku malas mahu drive ke sana. Untuk itu perlu menggunakan pengangkutan awam. Bertolak dari Penang hari Isnin pagi. Plan asal naik keretapi. Tetapi akibat kelewatan aku tiba di jeti menyebabkan aku tertinggal tren. Huhu. So terpaksalah tukar plan. Naik bas. Turun di Amanjaya Ipoh. Sampai Ipoh tu sudah hampir pukul 11.00 pagi. Then naik teksi ke Batu Gajah. Nasib baiklah boleh claim. Kekeke. Stay di hotel bajet untuk tempoh 3 malam.
Dari hotel ke Akademi KTMB -- lokasi exam -- boleh tahan jauh jugak. Carter teksi untuk pergi dan balik exam sepanjang tiga hari tu. Area hotel tu pulak tidak banyak kedai makan melayu. Terpaksa menapak. Nanti kebulur pulak. Itupun lunch saja. Malam lepak bilik. Study. Kononlah.
Kawan aku yang sudah ambil exam bulan 5 haritu kata exam tu senang saja. Katanya. First time aku rasa jawab exam 3 jam tu sangat sekejap. Adeh. Kalau failed mana-mana paper perlu mengambil semula paper tersebut. Repeat. But at least aku sudah mencuba yang terbaik. Tawakal. Wish me luck!
(ontime everytime?)
0 comments:
Post a Comment