Pada 22hb Mac lepas genaplah sudah 6 bulan sejak aku mula bertugas di Balik Pulau ni. Agak tidak terasa jugak sebenarnya apabila kesibukan membuat kerja. Well tiadalah sibuk mana pun, but at least ada kerja untuk dibuat (hehe). Then pada 24hb tu pulak aku ada exam untuk pengesahan jawatan bahagian I. Untuk pengetahuan -- bagi yang belum tahulah -- exam pengesahan jawatan ni merangkumi 4 bahagian. Bahagian I merupakan soalan-soalan daripada JPA (soalan objektif) manakala 3 bahagian yang selebihnya (soalan esei) daripada JKM yang akan dibuat hujang bulan 5 nanti. Aku ingatkan exam JPA ni buat dekat-dekat saja. Sekalinya buat di Jitra, Kedah. Perjalanan ke sana ambil masa lebih kurang sejam setengah hingga dua jam. Padahal exam tu sejam saja pun. Kalau mahu drive sendiri ke sana sudah tentulah aku malas (haha). Oleh itu aku berpakat dengan seorang kawan di Komtar yang akan turut sama menduduki exam tersebut untuk menggunakan kenderaan jabatan -- driver hantar. Nasib baik jadual exam aku tu mula petang. So bolehlah rileks sikit gerak dalam tengah hari. Sempat sampai di tempat exam -- Politeknik Sultan Abdul Halim -- sejam lebih sebelum bermula exam pukul 4 petang walaupun agak cuak dipermulaan kerana tidak menjumpai dewan (huhu). Exam ni memang boleh bawak buku rujukan tetapi antara sempat jawab atau tidak. Banyak jugak yang aku main tembak sebab tidak sempat cari jawapan. Gamble. Selesai exam kami terus bergerak pulang ke Pulau Pinang. InsyaAllah peluang untuk lulus tu ada. Wish me luck!
Legenda muzik Ahmad Nawab meninggal dunia
4 days ago
0 comments:
Post a Comment