Weekend lepas opis aku buat family day di Sunway Lagoon. First time aku masuk sana. Sebelum ni aku pernah pergi Sunway Pyramid pun sekali saja. So apabila ada peluang seperti ini haruslah aku bersemangat waja untuk join. Fully sponsored -- pengangkutan, penginapan and tiket masuk -- guna bajet opis. Kalau aku mahu pergi sendiri tu entah bilalah baru berkesempatan jawabnya. Kitorang gerak dengan menaiki bas dari depan opis di Balik Pulau pukul 12.30 tengah malam, planning-nya terus menuju ke Sunway Lagoon. Kitorang sampai di Hentian Sg Buloh belum pukul 6 pagi pun lagi. Berhenti untuk solat subuh dan sarapan before sambung gerak ke destinasi utama. Kalau pergi awal-awal pun pukul 10 jugak baru bukak. Still kitorang sudah terpacak depan kaunter tiket pukul 9 pagi. Puaslah menunggu selama lebih kurang sejam sambil mengusha orang ramai yang turut sama seperti tidak sabar untuk menyerbu masuk. Kebetulan pada hari tersebut ada 2-3 lagi company yang turut menganjurkan family day. Tepat pukul 10 pagi pintu masuk buka maka berpusu-pusulah manusia masuk. Aku berhajat untuk mencuba semua games and attractions, especially vuvuzela. But then terlalu ramai yang que menunggu giliran membuatkan aku terpaksa melupakan saja. Namun dapat jugak la masuk 4-5 games termasuk scream park and tomahawk. Kitorang keluar dari situ around pukul 4 petang terus menuju ke Bangi Guest House. Selepas berehat, mandi and solat apa semua, malam tu kitorang keluar untuk makan malam. Then keesokan tu pagi-pagi pukul 8 begitu sudah bersiap-siap untuk gerak pulang. Sebelum tu sempat menyinggah Nilai 3 and then Pusat Sains Negara. Kitorang sampai di Balik Pulau around pukul 11 malam. Boleh tahan penat tapi esoknya kena masuk kerja jugak. Adeh.
Legenda muzik Ahmad Nawab meninggal dunia
4 days ago
0 comments:
Post a Comment