..Kesinambungan dari entry sebelum ini..
Sedang aku berehat-rehat after lunch, sambil-sambil memikirkan jalan penyelesaian masalah sijil spm aku tu, aku mendapat call daripada cikgu rais dari pejabat pendidikan daerah. Beliau meminta aku melapor diri di sk kem kabota pada keesokan pagi (selasa, 7hb). Actually dari last week lagi aku dapat tahu pasal kekosongan di sekolah tu. Maklumlah guru besar dia pak long aku sendiri. In fact mak long yang recommend nama aku ke pejabat. Guru yang cuti bersalin tu cikgu english, and last time pun aku ajar english. So kira make sense la kalau aku dipilih untuk mengganti di sekolah tu. Tapi satu saja kerisauan aku. Disebabkan kurang maklumat yang diterima, mak long pun tidak memberitahu secara detail (yang aku tahu just cikgu tersebut ajar english dan guru kelas), maka aku tertanya-tanya aku bakal mengajar tahun berapa. Kalau boleh di awal-awal musim persekolahan ni aku mengharapkan janganlah tahun 1 or 2. Aku takut nanti aku akan agak pressure mengajar murid-murid yang baru mahu mengenal english. Kalau macam tahap dua tu okay la jugak sebab diorang sudah ada basic. Walaupun aku sudah ada pengalaman thanks to last time, tapi kali ini satu lagi pengalaman yang baru. Situasi dan circumstances-nya berbeza. Sebelum ni aku menyambung dan menyudahkan apa yang telah dimulakan. Sekarang ni pulak aku perlu memulakan sesuatu yang baru. Pressure agak lebih sikit la di situ huhu. Ditambah pulak apabila memikirkan aku perlu adapt di sekolah dan suasana yang baru, mula la rasa seperti mahu give up saja. Lagi-lagi aku memang langsung belum pernah menjejakkan kaki ke sekolah tu. Berbeza dengan di sekolah abah (sk bandar tawau ii) sebelum ni yang at least aku sudah familiar sedikit sebanyak sebelum aku mula tu. Dengan pelbagai persoalan yang bermain di fikiran, memang kurang lena tidur ku pada malam itu haih. Keesokannya aku melapor diri sedikit lewat, around pukul 7.30, disengajakan kerana kurang awareness. Mana la aku tahu perlu datang sebelum sesi p&p bermula, cikgu rais pun tidak nyatakan aku kena datang pukul berapa. Akhirnya persoalan yang bersarang dari semalam terjawab. Aku akan mengajar dua kelas tahun empat dan satu kelas tahun lima. Fuhhh legaaa, walaupun aku belum masuk ke kelas lagi kan, tidak tahu perangai diorang macamana. Sekurang-kurangnya kalau tahap dua ni aku rasa tidak lah senakal tahap satu, yang lebih cenderung untuk bermain daripada belajar. Rupa-rupanya sk kem kabota ni agak kecil dari segi populasinya (kawasan sekolah boleh tahan lah). Setiap darjah (1-6) cuma ada 3 kelas, A B dan C. Kelas yang aku perlu ajar? 4A, 4B and 5C. Untuk 1st day di sekolah tu aku just sempat masuk kelas 4A saja. Jadual waktu yang aku dapat quite okay la untuk 3 kelas, tidak terbeban sangat. Tapi yang agak kurang okay tu apabila aku juga perlu memegang kelas (4B), tanggungjawab lebih adeh.
p/s: untuk tiga bulan ni sekali lagi aku mendapat title 'sir'. Sir Zurin Azwan :)