Aku fikir keseronokan berada di sidang pagi akan berlanjutan sehingga kontrak 3 bulan aku tamat. Rupa-rupanya ia hanya sementara. Selepas menghabiskan separuh perjalanan (minggu keenam), aku menerima berita yang kurang seronok. Before gb (pak long) menamatkan perkhidmatan (bersara) pada hari jumaat tu, beliau telah meminta aku untuk bertukar ke sidang petang, swap dengan si A. Haa siapakah si A ini? Dia adalah seorang lagi guru ganti (besides me), yang mengajar english tahun 1 & 2. Eh ramai pulak guru english yang bersalin kan? Hoho. Dia baru start mengganti last week. My first impression: boleh tahan la, cantik haha. Aku pun ada la try curi-curi tengok dia dari jauh, especially hari sabtu last week time kokum. Then hendak dijadikan cerita, hari selasa tu as usual aku menunggu abah ambil aku di sekolah. Punyalah lama aku menunggu disebabkan abah ada meeting (ini yang payah kalau tidak drive sendiri). Sedang aku duduk menunggu tu dia lalu depan aku after keluar dari toilet. Tiba-tiba dia tegur aku, "kamu tunggu siapa?". Erk. Dengan perasaan yang agak nervous dan cuba control macho aku menjawab, "tunggu ayah saya datang ambil". Punyalah berbunga-bunga hatiku saat itu. Boleh pulak dia yang tegur aku dahulu. Then sempat la berbual kosong sekejap, itupun pasal ganti mengganti ni. Dia jealous aku dapat ajar tahap 2. Iya lah budak tahap 1 kan nakalnya agak terlebih sikit. Kemudian peluang untuk bercakap lagi dengan dia menjelma keesokan harinya. Aku perlu bagitahu dia berkaitan request gb pasal tukar sidang tu. Dalam hati aku ni hanya tuhan yang tahu betapa nervous-nya aku mahu approach dia. Thankfully it went well, tanpa sebarang insiden yang boleh menjatuhkan 'saham' aku lol. Mulalah berangan-angan untuk cuba memikat. Dalam mimpi sajalah, macam aku berani haha. Minggu terakhir di sidang pagi, aku rahsiakan pertukaran sidang aku tu daripada kelas 4A dan 5C. Aku just bagitahu kelas 4B, kelas yang aku lebih close disebabkan aku sebagai guru kelas sementara mereka. Tapi disebabkan diorang pun tidak pandai menyimpan rahsia terpaksalah aku tarik balik dengan mengatakan aku hanya bergurau kononnya. Memang agak sedih jugak la terpaksa melepaskan sidang pagi ni. Rasa macam mahu boikot tidak datang kerja pun ada haih..
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
2 days ago