Bas mula bertolak dari Penang (Terminal Sg Nibong) pada pukul 1.35 pagi. Sepanjang perjalanan aku tidur saja. Pada minggu lepas tu aku agak banyak menghabiskan tenaga dengan tugasan luar pejabat (atau erti kata lainnya kursus). Maka sedikit keletihan jugaklah untuk menempuh perjalanan jauh walaupun dalam hati berbunga riang (excited) untuk ke KL. Aku sedar-sedar saja sudah tiba di KL dan terus melihat waktu di jam tangan, belum pukul 5 pagi pun lagi! Bermakna tidak sampai 4 jam pun perjalanan dan driver itu memandu dengan agak laju. Kalau sudah tidur tu memang tidak sedar apa pun (huhu). Aku turun di KL Sentral, mudah segala urusan (toilet dan surau) serta agak selamat (ramai orang). Sementara menunggu masuk waktu subuh tu aku hanya duduk-duduk saja sambil membelek henfon (obviously lol). Selepas selesai menunaikan kewajipan tu aku kembali duduk di tempat yang sama (kerusi panjang dekat dinding). Sedang dalam keadaan yang masih sedikit mengantuk dan sementara menunggu untuk diambil tu aku bercadang untuk melelapkan mata seketika. Namun hasrat aku terbantut apabila secara tiba-tiba datang seorang pakcik berumur dalam lingkungan 50-60an (aku tidak berapa arif mengagak umur seseorang) berbangsa india (maybe) duduk berhampiran dan menegur aku. Pada mulanya aku tidak berapa paham jugak apa yang dikatakan oleh pakcik tu sebab dia speaking dan tidak jelas butir katanya. But aku layankan saja and slowly dapat jugak la menangkap ayat-ayatnya. Apa yang aku paham (maybe silap) adalah pakcik tu kata dia belajar di Nilai (tak sure level apa and course apa) secara part-time and kelas pada hujung minggu. Namun katanya pada minggu ni tiada kelas dan dia tidak mendapat makluman. Mahu pulang ke rumah tapi tidak mempunyai duit tambang yang mencukupi, 4 ringgit katanya. Kad ATM pula tidak dibawa. Sudahnya malam tadi pakcik tu terpaksa tidur di kaki lima KL Sentral. Duit dalam kocek hanya ada seringgit. Okay, aku sudah boleh predict hala tuju cerita pakcik tu. Selepas menyoal balas beberapa ketika (pakcik tu tanya aku dari mana, kerja apa semua) aku terdetik untuk membantu. Suka untuk aku tekankan mengenai stigma sesetengah masyarakat yang mengatakan pekerja jabatan kebajikan merupakan orang yang senang untuk membantu adalah kurang tepat. Bagi aku pekerja kebajikan ni perlu lebih bersikap investigative (gitteww) sebab masyarakat sekarang ni yang berkemampuan pun masih mahu memohon bantuan kebajikan (demi duit katakan). Berbalik kepada kisah pakcik tu, setelah berfikir ketika (berapa banyak yang aku mahu sumbangkan) lalu aku keluarkan sekeping not bewarna merah. Rezeki pakcik tu. Dia tipu or tidak itu urusan dia dengan tuhan. Niat aku hanya ingin menolong dengan ikhlas. ^^v
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
2 days ago