Skinpress Rss

Saturday, December 17, 2016

Berjalan-jalan di Penang

4

Last week cik puan datang Penang. Cuti-cuti Malaysia katakan. Maka aku membawa la beliau berjalan-jalan. Pagi Sabtu tu around pukul 10 aku pick up cik puan di airport then terus ke destinasi pertama -- Bukit Bendera. Brunch pun di sana ja (walaupun tahu agak mahal).


Selepas itu kami ke Pantai Miami. Pekena laksa dan rojak sotong. Sambil disapa bayu laut. Nyaman. Lepas makan, hantar cik puan balik hotel.




Second day, selepas bersarapan kami ke Tokong Ular. Tapi malangnya tidak banyak yang dapat diceritakan. Then kami ke Akuarium Tunku Abdul Rahman di Batu Maung. Seronok jugak melihat pelbagai spesies ikan berenang-renang.


Plan seterusnya mahu ke Muzium Perang -- yang terletak berdekatan situ ja. Namun disebabkan ketika itu sudah melebihi waktu tengah hari, kami decided untuk mencari makanan. At first macam mahu makan nasi, tapi tidak pula terlalu kelaparan sebab sarapan pun sudah agak lewat. So aku suggest makan laksa (again?). Kami mencuba Laksa Tempurung di Pantai Tanjung Assam -- order laksa , ABC pelam and cendol pelam. Marveles!



Sebelum hantar cik puan balik hotel, plan mahu menyinggah QBM sekejap. Tapi jalan on the way mau masuk QBM tu pun sudah sesak. Terpaksalah membatalkan sahaja hasrat tersebut.

Third day, hari last percutian cik puan. Flight tengah hari. Sempatlah aku mengajak makan di Nasi 7 Benua -- aku sendiri pun belum pernah mencuba lagi. Time kami sampai tu sudah mau masuk lunch hour. Nasib kami baik sebab dapat meja kosong. Ramai yang datang makan bersama family.


Selesai menghantar cik puan ke airport, aku terus balik ke rumah. Thanks to cik puan sebab datang Penang. Kalau tidak aku sendiri pun tidak tahu bila aku akan mengunjungi tempat-tempat tersebut. Prefer stay di rumah ja, bermalas-malasan. Hahaha. Next time boleh try bawak ke area Tanjung pulak.