Skinpress Rss

Wednesday, January 11, 2017

New Task New Challenge

2

Alhamdulillah. Setelah pelbagai spekulasi dan khabar angin, akhirnya terjawab jugak persoalan. Walaupun sebenarnya aku sudah dapat maklumat dari awal (secara rahsia), tapi terpaksa menunggu mesyuarat kakitangan pada siang tadi untuk mengesahkan secara rasmi pertukaran dalaman. At least boleh menarik nafas lega dapat keluar dari unit sebelum ini. Serentak dengan itu juga berlaku perubahan pada struktur kerja/tugas yang bagi aku mempunyai pro/con masing-masing. Kita tengok macamana perjalanan dia nanti. Apa-apa pun, semoga aku dapat melaksanakan tugas dengan baik di unit yang baru ini. Hwaiting!


Monday, January 2, 2017

Salam 2017!

12

Alhamdulillah. Masih lagi bernafas di tahun baru masihi ini. Aku merancang untuk melaksanakan satu projek besar pada tahun ini. Semoga perancangan tersebut berjaya dilaksanakan dan berjalan lancar dengan izin-Nya. Aminnn.

(pinjam gambar google)

Aku menghabiskan cuti tahun baru di rumah ja. Mahu berjalan-jalan pun tiada tujuan dan hala tuju. Better aku lepak di rumah ja menyimpan tenaga. Boleh berehat-rehat dan bermalas-malasan. Nikmat.