Skinpress Rss

Saturday, November 16, 2013

minggu terakhir

0

Minggu terakhir ni agak bizi jugak la. As expected. Proses pengisian data (sppbs dan linus) perlu disudahkan, di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti akhir tahun. Hari isnin ada sukaneka untuk tahun satu, and aku bertugas sebagai mc perhimpunan mingguan. Then hari selasa aktiviti sukaneka untuk tahun dua pula. Hari rabu hari bertemu pelanggan (penyerahan 'report card' murid kepada ibubapa), plus ada majlis penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang tahap satu. Hari khamis pula ada majlis anugerah pelajar cemerlang (penyampaian hadiah tahap dua and pra sekolah). Malamnya ada dinner akhir tahun. Pastu hari jumaat semua guru turun pagi (murid-murid sudah dibenarkan bercuti), ada mesyuarat pengurusan sekolah. Tapi aku join meeting tu sekejap saja sebab aku kena bawak atok pergi hospital, buat check-up and Alhamdulillah tiada apa masalah. Maka dengan itu berakhirlah sudah kisah 'penggantian' selama lebih kurang tiga bulan di sk bandar tawau ii. Banyak memori suka duka, pengalaman, ilmu pengetahuan yang aku perolehi sudah pastinya tidak akan dilupakan. Lepas ni aku kembali 'menanam anggur' untuk tempoh yang aku tidak pasti berapa lama kerana aku sendiri masih belum ada perancangan. Macam mana la mahu kawin ni haihhhh...

Sunday, November 3, 2013

lagi dua minggu

0

Tinggal dua minggu sahaja lagi budak-budak sekolah rendah akan bersekolah sebelum cuti akhir tahun (sekolah menengah sudah mula bercuti sebab spm bermula 6hb). Maka perkhidmatan aku juga bakal tamat tidak lama lagi. Dua minggu yang terakhir ini akan dihabiskan dengan menanda kertas peperiksaan kemudian meng-key in data dan keputusan ke dalam sppbs. Then perlu meng-key in linus 2.0 lagi. Dengan keadaan internet yang tidak menentu, sekejap ada sekejap tiada (maklumlah 'menumpang' wifi), ditambah lagi dengan traffic website terlibat yang agak padat (berapa ribu orang mahu mengakses pada masa yang sama), akan membuatkan proses pengisian data itu tidak berjalan lancar dan bakal mengambil masa yang panjang. Tapi harap-harap (memang perlu pun) aku dapat menyiapkan tugasan tersebut seberapa segera yang boleh. Dan minggu depan aku bertugas mingguan. Nervous pulak mahu handle perhimpunan. Gaaahhhh...