Skinpress Rss

Sunday, November 3, 2013

lagi dua minggu

0

Tinggal dua minggu sahaja lagi budak-budak sekolah rendah akan bersekolah sebelum cuti akhir tahun (sekolah menengah sudah mula bercuti sebab spm bermula 6hb). Maka perkhidmatan aku juga bakal tamat tidak lama lagi. Dua minggu yang terakhir ini akan dihabiskan dengan menanda kertas peperiksaan kemudian meng-key in data dan keputusan ke dalam sppbs. Then perlu meng-key in linus 2.0 lagi. Dengan keadaan internet yang tidak menentu, sekejap ada sekejap tiada (maklumlah 'menumpang' wifi), ditambah lagi dengan traffic website terlibat yang agak padat (berapa ribu orang mahu mengakses pada masa yang sama), akan membuatkan proses pengisian data itu tidak berjalan lancar dan bakal mengambil masa yang panjang. Tapi harap-harap (memang perlu pun) aku dapat menyiapkan tugasan tersebut seberapa segera yang boleh. Dan minggu depan aku bertugas mingguan. Nervous pulak mahu handle perhimpunan. Gaaahhhh...

0 comments: