Skinpress Rss

Saturday, May 24, 2014

movie time [x-men: days of future past]

0

Setelah sekian lama tidak ke panggung wayang, finally malam semalam aku telah ke eastern cineplex untuk menonton filem x-men: days of future past. Itu pun kerana ajakan daripada cousin aku, kak t. Mintak aku and adik aku (mamat) temankan diorang tiga beradik. Last-last minit pulak tu. Pukul 10pm call, movie pukul 11.25pm. Lagipun dia belanja. Layan. Last aku tengok wayang cerita the hobbit, bulan 12 last year hoho. Ketika sampai di eastern tu aku terjumpa kawan satu kelas time sekolah rendah dulu, si sudirman. After habis darjah 6 tu memang aku tidak pernah jumpa dia langsung. Finally after 16 years hoho. Tapi tidak sempat berbual lama pun. Movie masuk sudah. Apa yang aku boleh katakan pasal movie ni, okay la not bad. Boleh layan. Dua jam lebih dalam panggung tidak terasa pun. And ending cerita ni seolah-olah memadamkan cerita x-men yang terdahulu, sebab si wolverine telah rewrite history or so. Kiranya after this kalau produksi x-men tu mahu buat cerita baru yang menampilkan kembali semua watak terdahulu (yang kebanyakannya telah mati) memang boleh sangat. Kesian logan, melepas lagi dengan jean huhu. After habis movie terus pulanglah ceritanya. Pukul berapa sudah..

0 comments: