Skinpress Rss

Saturday, February 27, 2016

Deadpool

3


Siang tadi baru aku berpeluang menonton Deadpool. Almaklonglah baru gaji. As usual menonton di GSC QBM. Alone. Susah mahu ajak geng-geng opis. Semua pun sudah berkeluarga and kurang berminat pergi ke panggung wayang. Lantak. Yang penting aku enjoy ja melayan movie tu. Memang puas hati baq hang. Sehinggakan aku meletakkan Deadpool sebagai superhero(?) favorite kedua selepas Iron Man. Walaupun muka Wade Wilson tu buruk, tapi aku suka sikap sarkastik dia tu. Hahaha.

 (google)

Sebelum beredar pulang dari QBM, seperti biasa sempat lagi singgah Popular. Berjaya membeli buku Esc. yang aku cari-cari dari bulan lepas. Sekarang ni aku plan sebulan 2-3 buku cukup la. Itu untuk yang beli direct di kedai buku berhampiran. Kalau online tu bergantung kepada promosi semasa. Hehe.

Friday, February 19, 2016

Mendua

4

One day tetiba aku terasa mahu stop ambil tahu pasal dia. Maksudnya aku rasa sudah tiba masa untuk aku stop stalk dia. Kadang tu bukanlah keinginan sendiri pun. Tengah aku scroll timeline twitter, nampak dia ada update status. Terus aku terjah dia punya profile. Then sakit sendiri. Damn. So aku stop main twitter. Kalau fb tu memang sekali-sekala ja aku bukak and dia pun jarang-jarang update status. Tidak terkesan sangat la. Tapi ni twitter ni. Macam tidak seronok pula kalau tidak ber-twitter. Oleh itu aku pun create la satu account baru. At least boleh jugak menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa (meroyan). Hahaha.

Sekarang ni sudah sebulan after aku create account baru tu. Ternyata aku membuat satu keputusan yang tepat. Aku sudah tidak lagi stalk profile dia. Dapat membendung keinginan untuk ambil tahu pasal dia. Dalam erti kata lain, aku berjaya move on? Maybe. Sometimes perasaan rindu tu datang sendiri. Tipulah kalau tidak teringat pasal dia langsung. Tapi sekurang-kurangnya mood aku tidak lagi dipengaruhi sepenuhnya oleh dia. Mahu kata life aku lebih happy tu, mungkin ada la sikit. Better than before. :)