Skinpress Rss

Saturday, February 27, 2016

Deadpool

3


Siang tadi baru aku berpeluang menonton Deadpool. Almaklonglah baru gaji. As usual menonton di GSC QBM. Alone. Susah mahu ajak geng-geng opis. Semua pun sudah berkeluarga and kurang berminat pergi ke panggung wayang. Lantak. Yang penting aku enjoy ja melayan movie tu. Memang puas hati baq hang. Sehinggakan aku meletakkan Deadpool sebagai superhero(?) favorite kedua selepas Iron Man. Walaupun muka Wade Wilson tu buruk, tapi aku suka sikap sarkastik dia tu. Hahaha.

 (google)

Sebelum beredar pulang dari QBM, seperti biasa sempat lagi singgah Popular. Berjaya membeli buku Esc. yang aku cari-cari dari bulan lepas. Sekarang ni aku plan sebulan 2-3 buku cukup la. Itu untuk yang beli direct di kedai buku berhampiran. Kalau online tu bergantung kepada promosi semasa. Hehe.

3 comments: