Skinpress Rss

Friday, July 15, 2016

Cerita Raya 2016

0

Salam Aidilfitri. Alhamdulillah tahun ni masih berjaya untuk beraya di kampung sendiri setelah melalui dugaan(?) untuk balik bercuti. Alkisahnya haritu bahagian kewangan Komtar lambat menguruskan waran tiket flight aku. Lagi sebulan sebelum tarikh yang aku plan mahu balik pun aku masih belum mendapat tiket. Bayangkan betapa cuaknya diri ini. Berusaha untuk push jugak supaya settle-kan tiket aku tu. Tahun ni orang lain yang uruskan pasal waran, so masih tidak berapa arif. Kalau tahun lepas okay ja tiada masalah, awal-awal lagi sebelum puasa sudah settle. Nasib baik la seminggu start puasa aku berjaya jugak dapat tiket, walaupun terpaksa ambil flight transit di KK. Jadilah, yang penting boleh balik beraya. Yeay!


Suasana raya pada tahun ini semestinya agak berbeza selepas pemergian atok pada bulan April lalu. Petang hari raya pertama tu aku berpeluang untuk follow menziarah kubur arwah. At first tu aku masih boleh berlagak biasa. Namun air mata aku tidak dapat dibendung ketika abah membacakan yasin. Lebih-lebih lagi apabila aku adalah satu-satunya cucu yang tidak berkesempatan untuk menatap wajah atok buat kali terakhir. Semoga arwah atok damai di sana.


Raya kali ini aku lebih banyak follow parents aku pergi majlis kahwin. Daripada aku tiada buat apa-apa, melepak ja di rumah kan. Sambil-sambil tu boleh la ambil idea untuk majlis sendiri nanti (hehehe). Tahun ni agak ramai yang buat majlis time bulan syawal. Dalam sehari tu sampai 3-4 tempat kena pergi.


Bila balik kampung ni terasa sekejap ja 2 minggu tu berlalu. Sedar tidak sedar, sudah sampai masa untuk kembali ke Pulau Pinang. Flight aku esok pagi. Tapi sebelum tu sempat lagi celebrate birthday abah hari ini. Bila tinggal berjauhan ni haruslah menghargai dan memanfaatkan momen bermakna seperti ini. Happy birthday abah. Semoga sentiasa sihat dan mendapat rahmat-Nya. :)
 

0 comments: