Skinpress Rss

Tuesday, May 27, 2014

selamat ulang tahun

0

happy birthday to the awesomest person in the world today!
27052014


yes..that's me!^^

Sunday, May 25, 2014

all-madrid finale!

0

Perlawanan akhir liga juara-juara eropah musim 2013/2014 kali ini menemukan dua pasukan berjiran, real madrid vs atletico madrid. Pasukan real madrid yang memiliki barisan pemain bintang (galacticos) dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan. Namun atleti yang baru saja menjulang liga sepanyol juga mahu menambah koleksi piala yang tidak pernah mereka dakap itu. Perlawanan bermula agak seimbang dengan real madrid banyak menguasai bola dan melancarkan serangan awal. Perlawanan kemudian bertambah rancak apabila diego godin berjaya menanduk masuk bola ke dalam gawang real dan meletakkan atleti di depan pada minit ke-36. Kedudukan 1-0 kekal sehingga minit ke-90 perlawanan dan kelihatan atleti akan berjaya menjulang piala tersebut buat kali pertama dalam sejarah. Sehinggalah sergio ramos menyamakan kedudukan dalam masa kecederaan (minit ke-93) dan mengheret perlawanan ke masa tambahan (extra time). Ketika kejuaraan seperti akan ditentukan menerusi sepakan penalti, tiga gol dalam masa sepuluh minit terakhir menyaksikan real madrid menjulang piala paling berprestij peringkat kelab eropah itu buat kali yang ke-10. Gol-gol daripada gareth bale (minit ke-110), marcelo (minit ke-118) dan cristiano ronaldo (penalti minit ke-120) berjaya membantu pasukan mereka merealisasikan impian 'la decima' selepas tempoh 12 tahun. Manakala bagi atletico madrid yang membuat penampilan di pentas final ini buat kali kedua selepas tahun 1974 (tewas kepada bayern munich) telah menampilkan aksi menarik dan hampir-hampir membuat kejutan namun terpaksa akur dengan keputusan 4-1 yang tidak memihak kepada mereka. Sudah pasti mereka ingin mencuba lebih baik lagi pada musim hadapan. Sementara bagi pasukan real madrid mempunyai misi sukar untuk mempertahankan kejuaraan, satu pencapaian yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan semenjak bermula era liga juara-juara eropah (yang menggantikan european cup).

p/s: ambik kau. macam pengulas+penulis sukan sudah aku rasa diriku ini haha~~

Saturday, May 24, 2014

movie time [x-men: days of future past]

0

Setelah sekian lama tidak ke panggung wayang, finally malam semalam aku telah ke eastern cineplex untuk menonton filem x-men: days of future past. Itu pun kerana ajakan daripada cousin aku, kak t. Mintak aku and adik aku (mamat) temankan diorang tiga beradik. Last-last minit pulak tu. Pukul 10pm call, movie pukul 11.25pm. Lagipun dia belanja. Layan. Last aku tengok wayang cerita the hobbit, bulan 12 last year hoho. Ketika sampai di eastern tu aku terjumpa kawan satu kelas time sekolah rendah dulu, si sudirman. After habis darjah 6 tu memang aku tidak pernah jumpa dia langsung. Finally after 16 years hoho. Tapi tidak sempat berbual lama pun. Movie masuk sudah. Apa yang aku boleh katakan pasal movie ni, okay la not bad. Boleh layan. Dua jam lebih dalam panggung tidak terasa pun. And ending cerita ni seolah-olah memadamkan cerita x-men yang terdahulu, sebab si wolverine telah rewrite history or so. Kiranya after this kalau produksi x-men tu mahu buat cerita baru yang menampilkan kembali semua watak terdahulu (yang kebanyakannya telah mati) memang boleh sangat. Kesian logan, melepas lagi dengan jean huhu. After habis movie terus pulanglah ceritanya. Pukul berapa sudah..

Sunday, March 23, 2014

tiga bulan berlalu

0

Akhirnya berakhir sudah episod penggantian di sk kem kabota. Sepanjang lebih kurang tiga bulan berkhidmat di sana banyak perkara baru yang aku pelajari. Walaupun ini just sekolah kedua yang aku masuki, tetapi banyak perbezaan yang aku dapati, which is something good for my experiences. Apa yang sekolah ni ada, sekolah itu tiada. Apa yang sekolah ni tiada, sekolah itu ada. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Semua itu aku ambil sebagai pengalaman dan pengetahuan yang sangat mahal, invaluable and priceless. Pastinya satu lagi memori manis yang aku tidak mahu lupakan. Kalau ada rezeki, next time, insyaAllah aku akan kembali jika diperlukan lagi. Minggu terakhir tu aku agak rileks, sebab tahu mahu habis sudah hehe. Mengajar seperti biasa, just kurang memberi homework kepada murid-murid. Lagipun next week diorang akan bercuti selama seminggu. Tidak perlulah dibebankan dengan kerja sekolah yang berlambak, macam la diorang mahu buat pun hoho. Hari terakhir aku di sekolah tu aku celebrate dengan murid-murid. Setiap kelas aku bagi gula-gula and jelly setiap seorang. Haa baik kan aku haha. Tapi yang buat aku touching bila masa terakhir (before loceng tamat sekolah) aku masuk kelas 2C, budak-budak tu pleaded supaya aku jangan 'berhenti' and terus continue ajar diorang. Alahai memang aku speechless la ceritanya kan. Tapi mahu buat macamana, kontrak sir sudah tamat la murid-murid huhu. Before pulang pada hari itu, ada majlis ringkas penyerahan cenderhati daripada guru-guru sidang petang. Aku dapat beg laptop. Perghh memang aku sudah lama plan mahu beli. And guru-guru sidang pagi pulak bagi novel, by RAM, lagi benda yang aku plan mahu beli tapi belum terbeli huhu. Terima kasih semua, ada rezeki kita jumpa lagi, insyaAllah..

Sunday, February 16, 2014

bertukar sidang dan si cantik?

0

Aku fikir keseronokan berada di sidang pagi akan berlanjutan sehingga kontrak 3 bulan aku tamat. Rupa-rupanya ia hanya sementara. Selepas menghabiskan separuh perjalanan (minggu keenam), aku menerima berita yang kurang seronok. Before gb (pak long) menamatkan perkhidmatan (bersara) pada hari jumaat tu, beliau telah meminta aku untuk bertukar ke sidang petang, swap dengan si A. Haa siapakah si A ini? Dia adalah seorang lagi guru ganti (besides me), yang mengajar english tahun 1 & 2. Eh ramai pulak guru english yang bersalin kan? Hoho. Dia baru start mengganti last week. My first impression: boleh tahan la, cantik haha. Aku pun ada la try curi-curi tengok dia dari jauh, especially hari sabtu last week time kokum. Then hendak dijadikan cerita, hari selasa tu as usual aku menunggu abah ambil aku di sekolah. Punyalah lama aku menunggu disebabkan abah ada meeting (ini yang payah kalau tidak drive sendiri). Sedang aku duduk menunggu tu dia lalu depan aku after keluar dari toilet. Tiba-tiba dia tegur aku, "kamu tunggu siapa?". Erk. Dengan perasaan yang agak nervous dan cuba control macho aku menjawab, "tunggu ayah saya datang ambil". Punyalah berbunga-bunga hatiku saat itu. Boleh pulak dia yang tegur aku dahulu. Then sempat la berbual kosong sekejap, itupun pasal ganti mengganti ni. Dia jealous aku dapat ajar tahap 2. Iya lah budak tahap 1 kan nakalnya agak terlebih sikit. Kemudian peluang untuk bercakap lagi dengan dia menjelma keesokan harinya. Aku perlu bagitahu dia berkaitan request gb pasal tukar sidang tu. Dalam hati aku ni hanya tuhan yang tahu betapa nervous-nya aku mahu approach dia. Thankfully it went well, tanpa sebarang insiden yang boleh menjatuhkan 'saham' aku lol. Mulalah berangan-angan untuk cuba memikat. Dalam mimpi sajalah, macam aku berani haha. Minggu terakhir di sidang pagi, aku rahsiakan pertukaran sidang aku tu daripada kelas 4A dan 5C. Aku just bagitahu kelas 4B, kelas yang aku lebih close disebabkan aku sebagai guru kelas sementara mereka. Tapi disebabkan diorang pun tidak pandai menyimpan rahsia terpaksalah aku tarik balik dengan mengatakan aku hanya bergurau kononnya. Memang agak sedih jugak la terpaksa melepaskan sidang pagi ni. Rasa macam mahu boikot tidak datang kerja pun ada haih..