Skinpress Rss

Monday, September 12, 2011

sebulan berlalu

1

sedar tak sedar, rupa rupanya sudah sebulan berlalu sejak lappy aku koma. and finally setelah sekian lama, akhirnya lappy aku kembali bernyawa semula. alhamdulillah. hee. tapi yang kurang bestnya tu, melayang jugak la duit aku. adeh.

Monday, August 29, 2011

salam aidilfitri 1432

0

salam aidilfitri
maaf zahir batin
semoga raya kali ini akan lebih bermakna


my lappy still tak ok lagi
masih dalam keadaan koma
memang lama lagi kot untuk ok
kononnya hardware still under warranty
so apabila berkaitan warranty ni pasti akan take time
sabar je la
haih~

Friday, August 26, 2011

k o m a

0

ketika aku punya semangat untuk meng-update
ketika itu jugak la laptop aku buat hal
10hb ogos dia start buat hal
11hb ogos secara rasmi dia koma
ada jugak la cubaan untuk memulihkan keadaan
namun masalah teknikal menyebabkan usaha gagal
terpaksa menunggu sehingga aku pulang rumah untuk dihantar ke kedai
and selama itu jugak la aku tak online
2 minggu terputus hubungan dengan dunia siber
hampir hilang kewarasan akibat kebosanan
nasib baik berjaya mengawal diri
phewww~

sehingga ke saat ini my laptop masih belum pulih
harus menuggu beberapa hari lagi jawabnya
harap harap sempat sebelum raya

Wednesday, August 24, 2011

bercampur baur

0

telah selamat tiba di rumah
setelah 'bertapa' di kk selama 2 bulan lebih
meninggalkan terlalu banyak memori suka duka
pasti akan kembali ke sana lagi
bila?tidak pasti
yang pasti,after raya
*berharap sooner rather than later*
mode raya : bercampur baur
hmmm~

Monday, August 8, 2011

persoalan

0

aku sangkakan semakin hari semakin terjawab segala pertanyaan
namun sangkaan itu ternyata jauh meleset
semakin banyak persoalan yang aku ajukan
semakin bertambah persoalan yang aku terima
lantas membuatkan aku semakin buntu
keliru tak tahu mana nak tuju
maka bagaimana aku hendak lari dari situasi ini
mahu tidak mahu aku perlu juga menghadapi semuanya
walaupun aku sedar dan tahu kesudahan perit yang akan aku tempuhi
tapi aku seolah olah tetap rela dengan semua itu
adakah ini yang dinamakan....??

Saturday, August 6, 2011

silly me

0

i really hate the feeling i have right now
perasaan yang sangat menyeksa jiwa
aku tahu aku boleh elak
tapi aku yang tak nak
malah aku seperti sengaja memilih jalan ini
wuuuaaaarrrrggghhhhh
silly me!!

Friday, August 5, 2011

merindui

0

opsss
dah bulan ogos
dah ramadhan dah
lamanya tak update
adeh
sangat rindu nak ber-blog di sini
banyak benda nak cerita
tapi seperti tidak punya kesempatan
memerlukan semangat baru
sumber inspirasi baru
fuhhhhh~

Sunday, July 3, 2011

Transformers : Dark of the Moon [3D ok!]

0

sangat puas kerana berjaya jugak menonton filem itu semalam. haha. 3rd filem transformers ni betul betul menjadi fenomena disebabkan kejayaan 2 filem terdahulu. rumours mengatakan tiket habis dijual untuk sepanjang minggu ini. lagi lagi yang 3D. aku plan kalau boleh nak tengok masa 1st day tayangan. tak kisah la 3D or 2D je pun. boleh jugak nak berlagak kan. hehe. tapi member member nak jugak tengok yang 3D. so terpaksa la bersabar. memang susah sikit la nak dapat tiket available tu. namun kitorang berjaya jugak mendapat tiket and seat yang bukan paling depan walaupun terpaksa separate. tak kisah la. janji dapat tengok. hee. kepada yang belum tengok lagi tu, especially mereka mereka yang sangat meminati filem transformers, sila la segera ke pawagam berhampiran anda. aku malas la nak bagi review. speechless. korang tengok dan nilai sendiri. tak saspen lak nanti kan. hehe

kekangan

0

niat nak meng-update blog ni dari minggu lepas lagi
tapi tidak kesampaian kerana kekangan masa
ada je free time tu
tapi mood tak berapa nak sampai waktu itu
tak kan nak paksa diri nak update
kurang berkualiti la nanti entry aku tu
[konon la kan.haha]
i'll try my best next time to update what's goin on
so till then~^^

Tuesday, June 21, 2011

new chapter

0

finally
setelah menanti sekian lama
aku mendapat peluang untuk memulakan chapter baru dalam hidup
semoga perubahan ini akan menjadikan aku a better person
insyaAllah

Monday, June 13, 2011

isu tiada dara

1

baru baru ni timbul isu seorang blogger yang mengaku tiada dara lagi sebab dah pernah 'maen' dengan ex-boyfriend. and kebetulan sekarang kat tv sedang ditayangkan drama [kini dah minggu akhir] berkenaan seorang perempuan yang berkahwin walaupun telah tiada dara lagi [akibat dirogol].

kalau dulu isu dara ni mungkin agak sensitif untuk diperkatakan. namun di zaman facebook ni ia telah boleh diterima dengan terbuka. anda boleh cuba google sendiri dan lihat apa yang diperkatakan mengenai isu ini.

seseorang pernah bertanyakan kepada saya. "kalau girlfriend awak, or maybe bakal wife awak tu dah takde dara lagi, dah tak suci lagi, awak terima tak?"
for me, soalan seperti ini bukanlah satu soalan yang boleh dijawab sewenang wenangnya on da spot. mungkin ada yang akan terus berkata 'tidak!'. but better never say never rite? banyak faktor yang perlu diambil kira dan dinilai terlebih dahulu sebelum dapat memberikan jawapan.

pada pendapat saya secara umumnya it's all about love. kalau hati dah benar benar sayang, isu ni bukanlah masalah besar pun. seorang lelaki tu pasti akan menerima apa sahaja tentang diri orang yang sangat penting dalam hidupnya.
ok. memang bukan semua lelaki sanggup menerima dengan penuh rela walaupun hati dah benar benar sayang. kena tengok jugak la situasi dan keadaan. like i said, perlu menilai pelbagai faktor terlebih dahulu. frankly, kalau nak discuss benda ni dengan lebih detail, memang take time jugak. so, secara general macam tu je la. it's all about love. ngee.



Tuesday, June 7, 2011

ingin

0

berkeinginan untuk menghapdet
point dah ada
cuma kepayahan nak mengolah isi
ketiadaan idea atau kemalasan?
bertangguh tangguh
akhirnya tak berhapdet jugak

Friday, May 27, 2011

syukur

0

1st of all
syukur alhamdulillah
segala puji pujian kepada yang maha esa
aku masih dapat bernafas
dan dapat melihat dunia pada hari ini


nothing much to say
kalau ikutkan memang macam macam nak tulis
pelbagai perkara yang bersarang di minda
sehingga aku pun tak tahu nak bermula dari mana
so jalan terbaik adalah say nothing
mungkin pada entry yang akan datang aku akan cuba sampaikan

last but not least
aku teringat someone pernah berkata:
semakin bertambah umur kita, semakin berkuranglah usia kita
*fikir fikirkan, dan selamat beramal^^



_

happy birthday

0



happy birthday
to me!




Thursday, May 26, 2011

langgar pantang

0

masa mula mula sakit dulu
azam bermacam macam
nak makan mesti on time
tak nak minum air gas dah
nak kurangkan minum nescafe
nak kurangkan minum air sejuk + berais
nak kurangkan makan pedas pedas
dan lain lain lagi la
tapi bila dah beberapa bulan
bila dah merasakan diri ini sihat
semua tu dilupakan
takde pantang pantang dah
balun je semuanya
kembali kepada habit lama
degil
pasni kalau kena attack balek
sendiri mau ingat la


fries + burger
[sumber: google
]

_

Wednesday, May 25, 2011

kurang kacak dan lebih kacak

0

sedar tak sedar
semakin menghampiri tarikh itu
oh tidak!
seperti mahu saja memberhentikan waktu~


beberapa hari lepas
ketika kebosanan melanda
mengusha usha fb
then terlihat gambar kahwin kawan sekolah
nampaknya semakin ramai yang sudah tidak bujang lagi
apakah perasaan anda apabila rakan sebaya anda
yang satu sekolah dengan anda dulu
serta kurang kacak daripada anda
kini telah pun mendirikan rumah tangga mendahului anda
jeles, tak puas hati, kagum, etc?
jangan risau
menurut satu kajian dan pemerhatian yang saya lakukan
didapati bahawa kebanyakan mereka yang lebih dahulu berkahwin adalah mereka yang kurang kacak
reason dia?haa kena pikir la sendiri
nanti kalau dinyatakan di sini ada pulak yang tersinggung

*maka, lebih awal kahwin = kurang kacak
dan, lebih lambat kahwin = lebih kacak

*applicable untuk lelaki sahaja, serta sebaya dan satu sekolah dengan anda


haha.suka suka hati aku je kan~

Thursday, May 12, 2011

selamat pengantin baru

0

maaf
agak lama blog ini tak ber-update
dah minggu kedua bulan mei dah pun.huhu

sabtu lepas my kazen telah selamat melangsungkan majlis perkahwinan
alhamdulillah semuanya berjalan lancar
yang best tu masa majlis akad nikah
tok kadi tersebut sangat sporting and kelakar
kan best kalau nanti dapat tok kadi macam tu
[dah mula berangan dah.haha]
and seperti biasa
majlis kawen diserikan lagi dengan kehadiran gadis gadis hot
puas jugak la cuci mata.hee


sekadar gambar hiasan
[sumber: google]


yang tak best nya pulak
charger battery camera tak tau letak kat mana
battery tu lak dah habis sehari sebelum majlis
tak dapat la menggunakan camera itu
memang dah planning nak letak pic kat sini banyak banyak
so tak kesampaian hajat tersebut
sabo je la~

hujung bulan ni berduyun duyun orang nak buat majlis kawen
cuti sekolah la katakan
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru
kepada rakan rakan yang baru, sedang dan akan berkahwin
semoga berkekalan selamanya.aminnn~^^

_

Sunday, April 24, 2011

m u d a

4

tahun ni koleksi kad undangan semakin bertambah. semakin ramai rakan yang telah, sedang dan akan berkahwin. satu demi satu gadis yang diminati menjadi milik orang. melepasss den!
yang diorang pun nak kawen awal sangat tu kenapa. tak sempat aku nak kumpul duit. haih. tapi takpe la, muda lagi aku ni. bak kata omputih, underage. masih muda remaja ok.hee
blogger-emoticon.blogspot.com

kurang 2 minggu lagi kazen aku nak kawen. dia ni lagi muda daripada aku, dah nak kawen dulu. potong q nampaknya. tapi orang perempuan takpe la kawen muda pun kan. kalau lelaki tu macam agak rugi la sebenarnya. tak puas nak enjoy puas puas dulu. life before kawen dengan after kawen sangat la berbeza. aku cakap ni macam dah pernah kawen je kan.hehe
blogger-emoticon.blogspot.com


tapi apa apa pun, segala yang diutarakan adalah berdasarkan rasa sedikit jeles sebenarnya. hehe. yela siapa yang tak nak kawen kan. kawan kawan aku ramai yang dah kawen. siap ada yang dah jadi mak/bapak budak lagi.
aku? tak tau la macam mana. banyak lagi usaha perlu dilakukan.hee . takpe, masih remaja lagi. enjoy dulu hidup bujang puas puas. [ayat nak sedapkan hati~]
blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, April 12, 2011

si nerd dan si cantik

2

ada seorang lelaki
dah la tak hensem
nerd
tak berharta pulak tu
pastu minat lak kat seorang perempuan ni

sekadar gambar hiasan
[sumber: google]


perempuan ni dah la cantik
bijak
sopan
merendah diri
kaya pulak tu

gambar hiasan jugak
[sumber: google jugak]

so persoalannya
layak ke lelaki nerd tu nak couple dengan perempuan cantik tu?
cerita kat tv bole la
tapi realitinya?

_

Monday, April 4, 2011

menang

0

bahagia sungguh rasanya malam ini
kemenangan yang telah dijangka dan diharapkan
membuatkan aku turut berjaya memenangi betting
tak sangka instinct aku tepat
so yang kalah harus la didenda
get ready je la ye.hehe

tapi still tengah blur
tak tau nak denda apa
for sure,nak denda yang kaw kaw punya
biar berbaloi baloi
bukan selalu dapat peluang macam ni.hee

_

Friday, April 1, 2011

lawak 1 april

4

tak paham betul aku
ramai orang cakap muka kitorang sama
entah apa yang sama pun aku tak tau
aku rasa ni la lawak yang paling lawak dalam raja lawak 5
tak boleh blah.adeh


beliau la insan yang dimaksudkan.nazmi raja lawak 5
[sumber: google]


nazmi oh nazmi
kenapa la kau join raja lawak ni
kan aku dah segan nak join season depan
haa pe cer?

_

Friday, March 25, 2011

maharaja lawak 2011

0

raja lawak 5 baru saja tamat seminggu lalu
kini sebuah lagi rancangan tv yang pasti gempak bakal disiarkan


maharaja lawak
program realiti yang menampilkan barisan finalis raja lawak
dari musim pertama hingga kelima
akan bersaing dalam satu gelanggang lawak
untuk merebut gelaran juara

bercakap mengenai raja lawak 5 lak
ekceli saya agak hampa la dengan final minggu lepas
aturcara majlis yang dilihat agak rushing
final yang tak berapa best berbanding tahun tahun lepas
cakap banyak pun takde faedah
juara dah dinobatkan pun

cerita mengenai maharaja lawak lagi
program ni akan disiarkan setiap hari jumaat
pukul 10 malam bermula 1 april
dan akan dihoskan oleh dato' ac mizal
12 peserta telah disahkan akan menyertai
jozan (johan+zizan), jambu (yus+tauke)
nabil, xn3, sepah, jihan, amir
wai (kecik+idlan), alex
man, r2, balas
(cham dan angah tak dapat join sebab ada komitmen lain)

para peserta akan dinilai melalui 50% undian sms plus 50% markah juri
dan seperti raja lawak, peserta dengan markah terendah setiap minggu akan disingkirkan
setakat ni barisan juri masih belum diumumkan

apa apa pun, tak sabar nak tengok aksi aksi mereka
semoga industri lawak akan lebih meriah
yeay~

_

Thursday, March 24, 2011

cantik itu subjektif

0

ok
memang cantik itu subjektif
citarasa setiap orang berbeza beza
lebih lebih lagi lelaki dan perempuan
rambut sama hitam,taste masing masing

tapi ada something yang saya tak paham
iaitu habit kaum perempuan
kadang kadang citarasa mereka melampaui kaum lelaki
err bukan kadang kadang je
most of the time kot.huhu
especially time shopping
baju,kasut,handbag,etc
masa ni la mereka sangat cerewet
entah macam mana mereka menilai kecantikan benda benda tersebut
benda yang nampak biasa biasa je di mata lelaki,tapi nampak cantik di mata mereka
tapi tu bukan masalah utama
sebab taste masing masing kan
yang menjadi sedikit problem ialah ketika mereka shopping membawa sang lelaki

contoh situasi: sorang girl ni nak beli baju
pilih punya pilih,survey punya survey
girl ni berkenan dengan 2 baju
lets say baju A and baju B
kiranya tak tau nak pilih yang mana 1
so mintak la pendapat si lelaki
setelah meneliti,si lelaki tu dengan yakin dan konfidennya memilih baju A
namun,girl tu lak cakap "u sure ke yang A ni?yang B ni tak ok ke?yang B ni macam lagi ok"
ah ha.di sini la yang saya sedikit konpius
tadi girl tu jugak yang nak pendapat si lelaki
tapi lepas tu macam nak mempersoalkan kredibiliti si lelaki pula
kadang kadang tu ada jugak girl yang siap tanya berulang ulang kali
seolah olah tak berpuas hati dengan jawapan si lelaki
dan sebenarnya dia nak si lelaki tu pilih baju B
"tapi yang B ni ok jugak kan?alaa rasanya yang B ni lagi cantik.yang A tu tak berapa sangat.kan?"
timbul lagi 1 persoalan,girl ni nak nampak cantik di mata mereka or di mata orang lain?
walaupun mata mereka melihat baju itu sangat sesuai dan sepadan dengan mereka
namun belum tentu mata orang lain yang memandang itu turut bersetuju

sekadar gambar hiasan [sumber: google]

well,tak kisah la apa apa pun kan
like i said before
rambut sama hitam,taste masing masing
tu pun kalau sama hitam
kalau dah lain lain kaler?
lagi la berbeza beza

Tuesday, March 22, 2011

rebranding

0

yattaaa~
dah lama berhajat untuk menukar template
akhirnya baru terlaksana
kali ni guna template yang simple je
bersesuaian dengan title
ouhh.lupa.dah tukar title sekali
rebranding
bagi fresh sikit mood untuk blogging
harap harap lepas ni akan lebih rajen untuk menghapdet
hee~

Sunday, March 6, 2011

kenangan mengusik jiwa

0

aritu berjejak kasihan di fb
agak lama jugak la terputus hubungan
6 tahun lebih kurang
kawan masa plkn dulu


akhirnya berjaya jumpa semula
setelah sekian lama
teringat lak kenangan lalu
suka duka tika plkn
oh sungguh rindu saat itu~

_

Monday, February 28, 2011

gastrik

0

erk.dah penghujung februari
pantas masa berlalu
ekceli bulan ni agak mencabar bagi diri saya
pelbagai ujian dan dugaan dihadapi
kemuncaknya,nikmat kesihatan saya ditarik
saya ada gastrik.wuwuwu
kini saya tidak lagi sihat 100% seperti dulu
perlu menjaga pemakanan dengan lebih teliti
kalau dulu,boleh makan sesuka hati je
masa makan pun tak teratur
tapi kini,no no no

namun,saya redho dan bersyukur dengan semua ini
membuatkan saya lebih menghargai nikmat kurniaan-Nya
blogger-emoticon.blogspot.com

_

Tuesday, February 1, 2011

sinar

0

ouhh.dah februari
sinar baru dalam hidup mula kelihatan
sedikit demi sedikit
sudah mula dapat melihat arah
walaupun masih keliru
tidak tahu ke mana ingin di tuju
jalan yang berliku
tapi perlu melangkah dengan berani
berharap sinar ini akan terus menerangi~

_

Tuesday, January 25, 2011

kosong

0

lately aku rasa kosong
jiwa aku,hidup aku
empty
mood yang tidak menentu
semangat yang sekejap ada sekejap tiada
dah macam biskut lak
hanya mampu bersabar dan berdoa
agar aku mendapat petunjuk
serta diberikan kekuatan oleh-Nya
untuk menghadapi hari hari yang penuh dugaan dan cabaran

_

Monday, January 10, 2011

kontroversi kah?

0

yezza
sure malam ni ramai yang bengang giler
semua pun bajet orang lain yang menang
last last dia juz menang persembahan terbaek je
ok la tu.daripada pulang tangan kosong.hehe
memang unexpected la result tu
kalau betting ni,sure banker menang besar.hoho
and seperti yang dijangka
macam macam keluar kat fb
sabar ye semua
keputusan juri adalah muktamad.hee


p/s: klaka la fbi.kenapa dia tak join raja lawak eh?

_

Friday, January 7, 2011

raja lawak 5

2

err 1st of all,saya nak mintak maaf
kalau kalau entry sebelum ini kelihatan agak emosional
ekceli takde la marah pun
biasa biasa je tu.bergurau.hehe

ok.lupakan hal tu.letak kat tepi
entry kali ini mengenai raja lawak 5
haa kalau tahun lepas saya penah post tentang raja lawak 4
ni kira sequel dia la ni.hehe


seperti tahun lepas,tahun ni memang saya ada cita cita nak join
tapi ter-miss uji bakat tu.[err macam tahun lepas jugak.hehe]
takpela.jadi penonton lagi tahun ni
cuba lagi tahun tahun akan datang.hee

season kali ni agak berbeza dengan season lepas
1st,masa siaran kembali ke hari jumaat
then para finalist kali ni ada 12
and lebih ramai peserta berkumpulan (5 duo + 3 trio) berbanding solo (4)
plus ada satu peserta duo wanita.haa season lepas takde
lagi satu,takde peserta dari sabah
so tak dapat la nak pertahankan kejuaraan
[rugi aku tak join.haih]

haa tadi dah stat pun gelanggang pertama
tapi biasa la.1st week ni tak mencabar lagi
tak menonjol sangat la lawak diowang tu
walaupun ada la 2-3 peserta yang klaka
tapi kami mahu lebih lagi.yeah
tunggu la next next week camne
kita tunggu dan lihat.hehe~
blogger-emoticon.blogspot.com

_

Thursday, January 6, 2011

annoyed

2

sedikit peringatan bersama
jika kita tidak tahu secara detail sesuatu perkara tu,tak perlu la nak buat assumption sendiri kan
then nak kata macam macam lak seolah olah kita tahu semua perkara

nasib baik la saya dapat mengawal emosi ketika itu
dan memikirkan yang kitorang ni dah lama berkawan
so tak keluar la ayat ayat yang tak sepatutnya
tapi kalau silap hari bulan,maaf la ye
blogger-emoticon.blogspot.com


ok.memang aku tak apply benda tu
tapi tak bermakna aku tak berusaha
kau tahu ke apa yang aku buat?apa yang aku lalui?
tak pun kan.so kenapa kau mesti nak kata macam tu?
please la.jangan suka suka hati nak judge orang ok
aku saje malas nak cakap apa apa tem tu
sebab aku still hormat kau sebagai seorang kawan
last but not least,aku mintak maaf kalau kau terbaca entry ni
juz wanna clear the air
peace yo.hee~
blogger-emoticon.blogspot.com

_

Wednesday, January 5, 2011

buntu

0

ouh.1st entry tahun 2011
tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat tahun baru
blogger-emoticon.blogspot.com

sori
kebelakangan ini ketandusan masa + idea nak menghapdet
ditambah pula dengan masalah dalaman yang melanda
bertimpa timpa.adoyai
sekarang ni pun tengah buntu
memikirkan apa langkah terbaik yang perlu dilakukan demi masa depan
bingung jadinya.adeh
blogger-emoticon.blogspot.com

semoga diri ini terus kuat + tabah.aminnn~

_