Minggu lepas merupakan satu minggu yang agak kelam kabut. Bermula dengan mendapat perkhabaran JKMNPP akan mengadakan pertandingan sukan staf seperti mana tahun lalu. Namun cerita yang sebenarnya adalah kursus pemantapan kerja berpasukan (nama rasmi program tersebut) akan diadakan dalam masa terdekat justeru kesuntukan masa untuk membuat pemilihan (mewakili JKMNPP). Imagine, diorang meeting hari Selasa then Jumaat tu sudah mula kursus. So terpaksa main select ja sesiapa yang boleh main, sekadar untuk menghantar penyertaan. Hendak dijadikan cerita, aku merupakan salah seorang yang menjadi mangsa. Mangsa keadaan. Ramai yang menolak untuk join kerana kesuntukan masa untuk training apa semua, plus venue tuan rumah kali ini adalah di PLPP Bangi. Secara jujur, memang aku tidak pernah lagi menjejak kaki di PLPP. Mana kedudukan PLPP tu pun aku tidak tahu. Apatah lagi keadaan dan suasana di dalam tempat tersebut. Oleh itu aku tidaklah terasa terbeban walaupun terpaksa untuk pergi ke sana. Kursus tiga hari, Jumaat hingga Ahad. Kami hanya mula bertolak dari Penang pagi Jumaat walaupun petang tu pukul 3 sudah bermula pusingan awal sepak takraw. Nasib baik jugak la gerak naik kenderaan berasingan. Siapa yang sampai awal tu boleh la cover dulu. Alhamdulillah semua kontinjen JKMNPP berjaya sampai di PLPP dengan selamat. Seperti yang dijadualkan, pusingan awal sepak takraw bermula around pukul 3 before majlis perasmian around pukul 6 petang. Sebelah malam pula berlangsung program forum perdana selepas solat isyak.
Then hari kedua (Sabtu) merupakan hari kemuncak kursus -- kesemua perlawanan indoor-games bermula sehingga ke peringkat separuh akhir. Perlawanan akhir pula dijadualkan pada sebelah petang. Time ni lah boleh mencuci mata -- satu lagi reason kenapa aku willing untuk attend kursus ni walaupun menjadi mangsa keadaan. Mana tahu bertemu jodoh. Hahaha. Pencapaian kontinjen JKMNPP kali ini biasa-biasa saja. Padanlah dengan last minit punya persediaan kan. Malam tu pula ada jamuan makan bersama Dato' KP.
Hari terakhir (Ahad) tiada aktiviti sangat. Selepas senamrobik pagi tu ada gotong-royong pulak before majlis penutup pukul 11 pagi. Selesai majlis penutup, terus bergegas pergi lunch. Rushing mahu balik Penang -- jauh lagi perjalanan. Alhamdulillah selamat sampai di Balik Pulau around pukul 7.30 malam.
alhamdulillah semoga lancar kursusnya