Aku sangka kursus yang di PLPP haritu adalah last aku pergi kursus
di luar Penang. Compare dengan last year, semua 7 hari kursus aku
attend dalam Penang ja. Malas sebenarnya mahu ber-outstation ni.
Leceh. Then suddenly hari Rabu tu baru aku tahu nama aku telah
di-submit sebagai calon untuk menghadiri kursus di Klang. To be
precise di Bengkel Daya Klang. Imagine last minit baru dapat tahu,
dengan file ulangkaji belum siap lagi. Aku sudah plan baik punya mahu
kasi settle next week, right before deadline 20hb. Tetapi disebabkan
kena attend kursus tu bermakna aku perlu menyiapkan semua file before
aku gerak ke Klang. Menambahkan lagi thrill apabila opis tiada karan
selama dua hari, Khamis and Jumaat. So macamana aku mahu siapkan
kerja. Terpaksa la mengorbankan waktu hujung minggu untuk ke opis.
Nasib baik time weekend karan sudah ada. Setelah bertungkus lumus
selama dua hari dari pagi ke petang, akhirnya berjaya jugak aku
menyiapkan semua kerja. Bolehlah berkursus dengan aman.
Then balik dari Klang tu nanti, ada satu kursus lagi. Komtar
(JKMNPP) buat kursus teambuilding di Melaka. Once again ber-oustation
lagi. Tiba-tiba Kak CC pergi submit nama aku pada komtar untuk
attend kursus ni. Tidak apalah. Memeriahkan majlis. Boleh la
berjalan-jalan di Melaka nanti kononnya. Puas la aku berkursus and
ber-outstation bulan ni. Back-to-back kau. Haih.
Tapi sekarang ni aku berdepan pulak dengan part paling aku tidak
gemar kalau mahu ber-outstation; packing. Malasnyaaa.