Skinpress Rss

Sunday, April 17, 2016

Kursus oh Kursus

0

Aku sangka kursus yang di PLPP haritu adalah last aku pergi kursus di luar Penang. Compare dengan last year, semua 7 hari kursus aku attend dalam Penang ja. Malas sebenarnya mahu ber-outstation ni. Leceh. Then suddenly hari Rabu tu baru aku tahu nama aku telah di-submit sebagai calon untuk menghadiri kursus di Klang. To be precise di Bengkel Daya Klang. Imagine last minit baru dapat tahu, dengan file ulangkaji belum siap lagi. Aku sudah plan baik punya mahu kasi settle next week, right before deadline 20hb. Tetapi disebabkan kena attend kursus tu bermakna aku perlu menyiapkan semua file before aku gerak ke Klang. Menambahkan lagi thrill apabila opis tiada karan selama dua hari, Khamis and Jumaat. So macamana aku mahu siapkan kerja. Terpaksa la mengorbankan waktu hujung minggu untuk ke opis. Nasib baik time weekend karan sudah ada. Setelah bertungkus lumus selama dua hari dari pagi ke petang, akhirnya berjaya jugak aku menyiapkan semua kerja. Bolehlah berkursus dengan aman.


Then balik dari Klang tu nanti, ada satu kursus lagi. Komtar (JKMNPP) buat kursus teambuilding di Melaka. Once again ber-oustation lagi. Tiba-tiba Kak CC pergi submit nama aku pada komtar untuk attend kursus ni. Tidak apalah. Memeriahkan majlis. Boleh la berjalan-jalan di Melaka nanti kononnya. Puas la aku berkursus and ber-outstation bulan ni. Back-to-back kau. Haih.


Tapi sekarang ni aku berdepan pulak dengan part paling aku tidak gemar kalau mahu ber-outstation; packing. Malasnyaaa.

0 comments: