(foto ihsan gugel.like always lol)
Aku bukanlah
seorang yang sangat gemar melayan drama. Hanya sekali-sekala jika aku
rasa sesuatu cerita tu menarik, di samping barisan pelakon (yang
hot opkos) juga turut memainkan peranan (kekeke). Kebiasaannya aku
lebih gemar untuk melayan variety show. Selain Running Man yang femes
dan menjadi kegemaran ramai (walaupun lately sudah kurang menyengat),
top feveret aku adalah 2 Days 1 Night. Recommended (hehe).
Haritu aku
tergerak mahu melayan The Producers (or just 'Producer') -- akibat terpengaruh dengan iklan
di akhir segmen 2D1N. Plus ada IU woii. Walaupun cerita ni ada 12
episod saja, tapi mengambil masa jugak untuk aku habiskan tu.
Almaklonglah sekarang ni sudah bekerja. Dapat layan 1 episod sehari
pun kira banyak sudah tu. Kalau dulu zaman study bolehlah bermarathon
(huhu). So setelah lebih kurang 2 minggu maka berjaya jugaklah aku
khatam.
The Producers ni
roughly berlatarbelakangkan life sebagai seorang PD (producer)
variety department KBS. Apa yang buat aku sedikit teruja tu sebab Cha
Tae Hyun (feveret member aku dalam 2D1N) yang memegang watak sebagai
PD 2D1N -- kind of macam parody pun ada sebenarnya. Sedikit sebanyak
ada jugaklah berkaitan proses shooting and brainstorming 2D1N.
Walaupun tidak menyeluruh dan tepat, but still you will get the idea.
The
Producers ni boleh diistilahkan sebagai 'variety drama' pertama yang
dihasilkan, bukan sahaja disebabkan oleh subject yang dibawa malah
diterbitkan oleh variety department instead of drama department.
Overall cerita ni bolehlah dilayan, especially untuk peminat 2D1N
macam aku. Para pelakon pembantu dia boleh tahan hot jugak. Gahhhh.